Adab Melamar Pasangan

                                                 
                                                          بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. (kalau jawab sayang,kalau tak jawab dosa)

Pernikahan merupakan perkara kebaikan yang amat digalakkan dalam Islam.Bukan sahaja mencegah maksiat malah untuk menambahkan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w.Sebelum ke arah itu,kita perlu mengikut adab kesopanan yang telah ditetapkan.Pinangan atau lamaran merupakan perkara yang amat penting yang perlu diambil tahu terutama untuk korang yang bakal menamatkan zaman solo aka bujang :)

Jom kita baca adab2 melamar pasangan :)



                                                            1.Status Pasangan Anda

Sebelum pihak lelaki datang melamar pasangan,si lelaki ini perlu tahu status pasangan anda yang ingin dipinang.Mestilah ia bukan isteri orang atau pun berada dalam keadaan 'iddah' selepas bercerai.Perempuan yang telah dipinang oleh saudara Islam yang lain juga tidak boleh menjadi hak anda.Selain tidak manis dipandang orang,perbuatan ini seolah-olah tidak menghormati keluarga pasangan anda.

                                                       
                                                          2.Melihat Pasangan.

Berdasarkan aturan syariah,lelaki dibenarkan melihat bakal pasangannya tetapi dengan syarat ingin menikahinya.Mughirah bin Syu'bah  berkeinginan menikahi seorang perempuan lalu bertemu Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda, " Pergilah untuk melihatnya kerana dengan melihat akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua." Lalu ia melihatnya kemudian menikahinya.(Riwayat Ibnu Majah)

                                                       
                                                          3.Rahsiakan Lamaran

Pinangan antara lelaki dan perempuan tidak boleh dihebohkan seperti walimatul urus perkahwinan.Begitu juga dengan pertunangan.Ini kerana ikatan yang dibina belum lagi sah dan masih perlu mengikut batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.


                                                      4.Personaliti Pasangan.

Kenali hati budi terlebih dahulu sebelum anda tekad ingin bernikah dengan lelaki tersebut.Jangan tertipu dengan ketampanan dan sifat luaran kerana dalamannya belum tentu yang tebaik buat anda.Carilah pasangan yang soleh,beriman,bertanggungjawab,penyayang, dan paling penting boleh membimbing anda dan anak-anak anda kelak ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.


                                                        5.Jumlah Mahar.

Jangan sesekali berlaku perkara 'jual anak' dek kerana taksub dengan jumlah mahar yang tinggi.Pendidikan yang tinggi bukan ukuran anda meninggikan jumlah hantaran hingga membebankan pihak lelaki.Biarlah ia mengikut kemampuan bakal suami dan tiada paksaan dalam pemberian mahar tersebut.Kehidupan selepas berkahwin memerlukan lebih banyak wang.Fikir-fikirkanlah okey ;)

Thanks for reading.Harap bermanfaat buat anda :)

Yang penat menaip :

Atiqah Zainal


Perlu Ke Azam Tahun Baru ?

                                                   
                                                         بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Hari nak cakap pasal azam tahun baru.Ehem..ehem..
Alang2 nak masuk tahun baru dalam beberapa jam lagi elok benor aku update pasal azam tahun baru.Ye dok ?Apa maksud azam ni ? Korang tahu ? Bagi pendapat aku la,azam ni apa yang kita nak capai.Betul tak ?

Apa azam tahun baru ciktiqah ni ?Okey,nak cerita la sikit azam tahun baru i ni.



  • Kumpul duit banyak-banyak
  • Nak ada gadget canggih macam iphone ke ? ;)
  • Karang novel (kalau boleh la)
  • Jadi muslimah yang solehah buat keluarg
Nampak tak azam tahun baru aku ? dah baca ? azam korang macam mana pulak ? 

Actually,kadang2 aku terfikir perlu ke azam tahun baru ni ? Setiap tahun korang azam macam-macam tapi ada tak yang korang azamkn tu tercapai ? Kalau ada alhamdulillah. :)

Sebenarnya,bagi aku azam tahun baru ni tak perlu.Bagi pendapat aku la.Kalau bukan tahun baru pun kita boleh buat azam kan ? Betul tak ? Azam tahun baru ni sebab nak buatkan korang bersemangat untuk capai apa yang korang nak tapi tak tercapai pada tahun lepas.

Pada pendapat aku,azam tahun baru ni tak seberapa penting.Tapi untuk pengetahuan pembaca semua,korang boleh azam bila2 masa je.Tak payah tunggu tahun baru okey ?

Setakat sini jew la hasil tangan aku ni haaa...Tak larat dah nak menaip.
Apa2 pun selamat menyambut tahun baru untuk semua pembaca blog ciktiqah okey ?

Thanks for reading.

Yang benar,

Ciktiqah



GARNIER

                                                     
                                                    بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum

Hari ni nak share sikit tentang Garnier.Elok ke garnier ni ? Aku pun dulu teragak-agak nak pakai sebab kawan-kawan yang pakai Garnier ni kata tak sesuai dengan muka diorang.Ada yang dah pakai sampai dua tahun pun ada.Tapi aku try jugak sebab nak tahu result dia kalau aku guna la kan.

Aku start guna bulan lepas.Waktu tu muka aku jerawat jugak.Bintik hitam pun tak kurang-kurang walaupun aku guna macam-macam produk kecantikan.Lebur habis duit aku.Sadis giler. T_T

Mula-mula aku guna Garnier Light Complete.Aku tak guna diorang punya pencuci muka sebab tak sesuai dengan muka aku.Jadi berminyak.Tapi krim dia okey pulak dengan muka aku yang sensitif ni.Pelik kan ?Haha



Mama ada cakap bila pakai Garnier ni muka nampak natural.Yeke ? Eh ? selama ni macam plastik ke ?Erk ? -,-

Lepas tu aku pakai bb cream dia pulak.Ada setengah orang pakai muka diorang jadi berminyak.Tapi aku cuba jugak la gatai pi try kan.Alhamdulillah.Okey la muka aku pakai bb cream Garnier ni.

Garnier BB Cream 

Sebenarnya sesuatu produk ni bergantung kat muka kita sesuai ataupun tak.Betul tak ?Kalau rasa sesuai dengan muka korang teruskan pakai.Kalau muka makin teruk jadi macam alahan ke jangan pakai produk yang merepek tau.Pergi jumpa doktor.Doktor akan bagi kat korang produk yang sesuai untuk muka korang.

Poyo je muka.Ada aku kisah? -_-

Selamat mencuba :)

Thanks for reading.



Long Love Distance

                                                             
                                                               بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ( kalau jawab sayang,kalau tak jawab dosa )



Hari ni nak share tentang percintaan jarak jauh.Korang pernah alami tak percintaan macam ni ?
Kalau pernah mesti tahu kan macam mana?Tak kira yang dah kahwin ke belum kan.

Percintaan jarak jauh ni memang banyak risiko dia.Sebab kita tak tahu apa yang dia buat sebab dia tak ada depan mata kita walaupun untuk seminit kan? Kalau yang bercinta jarak dekat tu boleh la jumpa sekejap.Lunch sama-sama or dinner sama-sama.Keluar pada hujung minggu.Tapi yang bercinta jarak jauh ni macam mana? Ada jugak kengkawan yang tanya kat aku macam mana aku kekalkan hubungan aku ni.

Yela,aku duduk kat Perak dia kat Kuala Lumpur.Okey ! Hari ini nak share tips macam mana aku boleh stay dengan dia nak dekat bertahun ni.Ahaks ~




1.Percaya pada pasangan anda.

InsyaAllah kalau korang saling percaya.Mesti hubungan korang jalan lancar punya.Korang jangan la mudah bersangka buruk dengan pasangan korang.Kalau dia lambat balas mesej ke lambat angkat kol mungkin dia tengah buat kerja ke kan? Tolong family dia ke? Korang jangan la buat kesimpulan cepat sangat.Tanya dulu.Kalau dia sayangkan korang,dia akan bercakap jujur.One more thing! Jangan kongkong pasangan korang tu.Nanti dia cepat rimas dan bosan.

2.Setia pada pasangan.

Ini salah satu yang patut ada pada setiap pasangan yang bercinta la.Setia.Kalau korang tak setia macam mana nak kekalkan hubungan korang?Kan ? Kalau bercinta jarak dekat pun kalau tak setia memang hancur la hubungan korang.Setia ni penting dalam setiap hubungan.Orang berkahwin pun kena setia pada pasangan masing-masing.Jangan sesekali curang dengan pasangan anda.Okey!

3.Berjumpa walaupun sekejap.

Korang kena aturkan satu pertemuan dengan pasangan korang.Macam aku setiap lapan bulan baru jumpa(sadis tak?huhu).Tapi itu yang terjadi.Bercinta jarak jauh ni memang banyak risikonya.Payah nak jumpa.Tapi itu yang manisnya bila lama tak jumpa bila jumpa mesti banyak cerita nak story.Korang jangan la sampai tak berjumpa langsung.Hargai la pasangan korang tu.Jumpa walaupun sekejap.


4.Berhubung dengan pasangan anda.

Kalau payah nak sangat nak jumpa pasangan korang.Contoh la dia ada kat oversea ke kan korang boleh berhubung melalui Skype ke, Facebook ke.Zaman sekarang kan dah maju.Tak payah utus-utus surat guna burung ke apa ke kan?Teknologi dah canggih kan sekarang.Jadi dengan cara ni korang boleh la berhubung dengan pasangan korang tu.


5.Sambut Ulang Tahun Bersama.

Kalau boleh buat kan.Korang buat la.Contohnya sambut bufday dia ke apa ke?Dengan cara ni hubungan korang lagi kukuh.InsyaAllah.Macam aku,aku sambut ulang tahun dengan dia begitu jugak sebaliknya.Dengan cara ni,dia akan rasa dirinya dihargai.Kalau korang buat dono je,orang lain yang sambut ulang tahun dia,hati-hati takut nanti hati dia beralih arah.Sebab dia akan mula rasa dirinya tidak dihargai.

Aku rasa cukup kot tips aku ni.Kalau banyak sangat korang bukan nak baca pun.Aku share apa yang aku boleh la dengan korangAku harap tips aku ni dapat tolong korang la eh?

Good Luck !!!



Thanks for reading :)






SAFI Pilihan Hati ~

                                                          بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum (kalau jawab sayang,kalau xjawab dosa)

Hari ni nak cerita sikit.Setelah penat mencuba pelbagai produk untuk hilangkan jerawat,akhirnya aku jumpa yang boleh dikatakan sesuai la dengan muka aku ni.

Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat

Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat diperkaya dengan kebaikan semula jadi Sari Gamat yang terkenal sebagai ramuan pemulihan tradisional. Ia membantu mengawal jerawat di samping membersihkan kotoran dan sebum yang terkumpul sambil membekalkan kebaikan semula jadi Gamat. Sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat.



Selain guna pembersih muka ni.Aku guna yang pencuci muka yang skrub jugak.Pembersih muka skrub ni aku pakai seminggu sekali.Sebab kalau pakai selalu boleh membesarkan lagi liang pori kat muka kita.Jadi aku guna seminggu sekali je la.

Aku guna Safi Balqis Perfect 10 :
Sangat sesuai untuk muka yang berminyak :)
Pencuci muka skrub kawalan minyak Safi Balqis Perfect 10 menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih berseri.Rumusan ekstrak lemon yang telah dipertingkatkan dengan Vitamin B3 dan C juga membantu mencerahkan dan mengawal minyak.

Kalau muka korang berminyak lebih baik guna Safi ni sebab sangat sesuai dengan kulit muka yang berminyak.Bila pakai rasa fresh je muka.Rasa hilang minyak tu(pengalaman aku la). 

Sesetengah pencuci muka,bila aku pakai muka aku jadi berminyak jadi aku try pakai Safi.Alhamdulillah.Muka aku dah kurang berminyak.Jadi sesiapa yang ada masalah macam ni.Boleh la try pakai Safi ni.

Have a try dear! Good Luck ;)

                                                        Thanks for reading






HARI KEDUA & KETIGA (MELAKA)


                                                             
                                                            بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.(kalau jawab sayang,kalau tak jawab dosa)

Hari ni aku nak share dengan korang hari kedua pulak.Hari kedua ni kat Melaka.Aku suka Melaka ni sebab kat sini banyak gila tempat kita boleh pergi.Macam-macam tempat yang best kita boleh terjah.

Bergambar dulu sebelum naik bas.Hehe :D





Awal-awal pagi dalam pukul 8.30 dari Homestay Meru kitaorang gerak pergi ke Melaka.Lebih kurang dalam pukul 12 lebih jugak la sampai Melaka.Mula-mula tempat yang kitaorang pergi Melaka Planetarium Adventure Science Centre.Actually aku tak masuk pun kat dalam tu sebab cikgu bagi pilihan nak pergi mana.Jadi aku dengan kengkawan yang lain pilih nak pergi main bowling kat Melaka International Bowling Centre.Aku dah lama mengidam nak main bowling sebenarnya.Hehehe



Nak share sikit gambar masa main bowling dengan kengkawan ;) :


Pakat duk tengok markah kat skrin 

Kengkawan yang sangat sporting ;)

Alhamdulillah lepas tu kitaorang gerak ke Muzium Samudera pulak.Kat sini kita boleh tahu sejarah awal Melaka.Rugi tak masuk.Best sangat.


I love you gurls :)

Lepas keluar dari Muzium Samudera kitaorang berjalan ke tempat lain pulak.Having fun ke tak ? Of course la having fun.Bukan senang dapat berjalan dengan kengkawan kan?Lepas tu merata aku dengan kengkawan aku terjah.Bukan selalu dapat jenjalan kat Melaka ni ~

Jalan-jalan kat Famosa




Lepas jenjalan kat Famosa,cikgu kata bas akan sampai dalam pukul 6 petang.Tunggu punya tunggu rupanya bas rosak and cikgu plan pergi naik River Cruise.River Cruise ni best bila naik waktu malam.Tapi ada jugak setengah orang suka naik waktu siang.Ikut citarasa masing-masing :)

Hari Ketiga :

Hari ketiga masih lagi kat Melaka sebab ramai yang tak puas merayau kat Melaka ni termasuk aku even aku dah pergi tahun lepas tapi rasa nak lagi berjalan sebab seronok tengok tempat yang cantik-2 ni.

Di tengah-tengah bandar Melaka

Tempat yang aku rasa paling cantik.Macam kat luar negara pulok ;)

Selepas penat berjalan and shopping.Kitaorang pun bergerak balik ke Perak.Tapi sebelum tu singgah kat Nilai,Negeri Sembilan untuk beli barang untuk bawak balik.Kalau korang pergi mesti rambang gila mata korang.Yela,kat situ memang syurga membeli-belah.Tudung pun lawa-lawa.Baju pun sama.Beg and kasut murah.Dijual dengan harga berpatutan.Kalau korang pergi Melaka singgah la kat Nilai,Negeri Sembilan.Mesti tak menyesal punya.Okey la.Sampai sini je story aku.Dah banyak sangat dah aku melalut.Ayat pun dah macam merapu dah -,-

                                                        Thanks For Reading :)
















Hari Pertama (Kuala Lumpur)

                                                       
                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share sikit tentang lawatan aku yang aku janji nak share dengan korang(bagi sesiapa yang ada baca post aku yang lepas).

Kitaorang actually plan nak ke Pahang,Terengganu dengan Kelantan tapi memandangkan keadaan kat sana banjir dan keadaan jalan yang rosak teruk,aku dengan kengkawan yang lain bincang untuk pergi ke tempat lain.

Then,selepas bincang punya bincang sampai larut malam akhirnya kitaorang sepakat nak ke Kuala Lumpur,Melaka dan Negeri Sembilan.

Hari Pertama kitaorang pergi ke Kuala Lumpur.Pagi-pagi lagi aku bangun awal(excited kot) nak pergi berjalan dengan kawan-kawan kan ?

Bertolak dari Gerik dalam pukul 9 pagi(sepatutnya pukul 8 pg) tapi ada yang datang lewat apa semua terpaksa pergi lambat sejam.Sampai KL dalam pukul 1 lebih la jugak.Sampai je KL kitaorang naik train (actually aku tak tahu nama apa jadi panggil train jew la) ke KLCC.Aku tak masuk pun just jalan-jalan kat Suria KLCC dengan kengkawan :)

Kat sini aku nak share gambar yang akan jadi kenangan aku sampai bila-bila :



Yang pakai baju kelabu antara tiga orang tu aku (Chubbynye aku) -,-

Lepas berjalan kat KLCC.Dalam pukul 5 lebih kitaorang gerak ke I-City pulak.Actually aku tak pernah pun nak pergi I-City ni tapi ramai kata best then aku nak jugak tahu apa yang bestnye kat sana.

Pemandangan kat I-City ni cantik sebab semua benda kat situ semua pakai lampu.Agak-agak berapa bil elektrik diorang sebulan? Aku rasa lebih dari seribu kot kan ? Kat I-City ni macam-macam permainan ada.Contohnya macam Ferris Wheel,SnowWalk,Rumah Hantu and macam-macam lagi.Banyak sangat.Tapi permandangan kat sini memang sangat-sangat cantik :)



Cantik kan?Semua pakai lampu.Colorful pulak tu :)

Bergambar dengan Si Cute Liyana Nazirah (gajah tu siap sengih lagi taw)
Actually aku baru perasan -,-

With Si Happy Go Lucky Neysa Akmal.Seorang yang sangat happy.Otak pun gila-gila macam aku.
Thanks sebab sudi jadi salah seorang kawan saya :) (ayat touching >,< )

Selepas penat berjalan dalam I-City yang gila besar tu.Kitaorang terus balik ke Homestay.Cantik la homestay tu.Memang puas hati.Nama homestay tu Homestay Meru.Kalau nak tahu lebih lanjut sila tanya Encik Google.Hehehe

See you in the next post dear.Daaaa..

Thanks for reading :)





JOM DAFTAR WhooHAA SEKARANG !



                                                          بسم الله الرحمن الرحيم
                               

                           Home

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share sikit dengan korang semua apa yang aku dapat dari kawan blog aku yang lain.Mesti korang tertanya kan apa benda ni? WhoHAA! ni apa?Main jerit-jerit ke ?


Okey! Daripada aku melalut panjang-panjang lebih baik aku cerita kat korang semua. WhoHAA! ni merupakan satu laman sesawang yang dapat memberi faedah kepada kita.Faedah macam mana tu eh?Korang cuma pelu menjawab soalan-soalan yang gila super mudah dan dapatkan points dengan hanya petik jari je.Mudah kan ?

Bila points korang dah banyak.Korang boleh tebus hadiah dengan points korang tu.Macam-macam ada.Nak tahu hadiah dia apa? Okey.Aku bagi contoh satu la taw untuk galakkan korang pergi ke WhoHaa ni..IPAD MINI merupakan salah satu hadiah yang ditawarkan!!!

Mesti dah excited kan?

Bila korang dah jawab semua soalan..korang tunggu la dalam dua or tiga hari lagi untuk soalan lain pulop..

Lagi satu cara untuk tambah points mudah je..

Korang invite la rakan-rakan korang dan korang akan dapat 100 points kalau rakan-rakan korang mendaftar.Banyak tak ?

Cara untuk invite rakan korang macam ni pergi ke My Account > Refer a Friend dan korang share la link yang dia bagi tu kat facebook ataupun twitter :)

Korang copy link ni dan daftar -> http://www.whohaa.com/register?referral=34185


Selamat mencuba :)


                 

Freedom !

                                                       بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. (Kalau tak jawab dosa,kalau jawab sayang)

Akhirnya,sudah beberapa hari aku dah free dari buku sekolah,exam dan baju sekolah.Yay! Alhamdulillah.



Sekarang ni aku tengah nak tunggu rancangan aku pada waktu cuti nanti.Korang ada idea nak pergi mana?Memandangkan aku ni jenis yang tak suka terperuk dan suka jalan-jalan merata.Aku ambil keputusan untuk ikut lawatan yang cikgu aku buat.Berjalan ke 6 buah negeri.

Gerik -> K.L -> Selangor ->Pahang ->Terengganu -> Kelantan

Tarikh :9,10,11/12/2013

Banyak kan? Just dalam 3 hari je wei ! Bayaran just RM120 je..Amat berbaloi.

Then,sekarang ni aku tengah siapkan barang untuk pergi lawatan.Haha.Macam budak sekolah je ada lawatan segala.Tapi yang ni kitaorang buat untuk berkumpul ramai-ramai and have fun together sebelum semua nanti buat haluan masing-masing.

Nanti nak jumpa ramai-ramai macam ni dah susah.Yela,nanti ada yang dah kahwin,belajar apa semua.Betul tak?

Nantikan story pada hari aku balik lawatan nanti okey uolls.

Have fun.Hope korang enjoy cuti korang :)

Thanks for reading :)

Perkahwinan Sepupu Belah Ayah


                                                   
                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Hari ni nak story tentang my kazen punya wedding.Huihui..bestnye bila tengok orang yang dah kahwin ni.Jeles taw.Teringin pula nak kahwin.Apakan daya jodoh tak sampai lagi.InsyaAllah dalam dua or tiga tahun lagi.Ahaks (Doakan la ye)

Masa kat rumah kazen aku ada la tolong sikit.Hias makanan pengantin je.Haha...Tengok macam sedap je,macam lazat je.









Nampak macam sedap je kan ? Pastikan korang yang baca blog aku ni bukan pada bulan puasa.Batal puasa korang nanti. (Amaran !)

Okey aku gurau je.hehe

Actually,banyak lagi makanannye.Ni je yang aku mampu snap2.ye la kan.Dua biji bas mai wei..Tak cukup tangan aku nak hias lagi.Nak tangkap gambar lagi.Biasala dua beradik naik pelamin.
Now nak tengok wajah pengantin pulak.Yang pengantin perempuan(baju merah) and lelaki (baju biru) sepupu aku.Actually aku masa kecil-kecil dlu tak rapat pun dengan diorang.Yela jarang jumpa.Adik beradik ayah aku nu bukan sikit.Ramai.14 orang adik beradik (ayah anak ke 9).
Rupanya aku baru tahu.Hahaha.Nampak sangat tak ambil port kan pasal family ayah aku ni.Rupanya aku ramai gila sepupu yang dah kahwin.Siap ada anak dah.Dah besar-besar dah anak diorang.(Nampak tak aku ni tak ambil port sangat?)
Lepas ni aku akan ambil port pasal family ayah aku.

Okey! Dah penat merepek.Aku nak share dengan korang gambar pengantin.Nampak gojes sangat :D





Tahniah to you Nurul.Selamat Pengantin Baru :)


Okey.Ni abang dia and his gojes wife.Biru my faveret kaler.Macam tahu-tahu je.
(Perasannye kau tiqah!)
ahaks

Congrate for both of you.Semoga menjadi suami dan isteri yang soleh and solehah.Tempuhilah alam rumah tangga dengan penuh ketabahan dan kesabaran.Semoga dapat baby yang comel-comel :)


Dah penat aku melalut panjang-panjang.Apa-apa pun selamat membaca.Hope u all enjoy k ?

Have a nice day

Assalamualaikum. :D






SilkyGirl Magic Pink Lip Balm Pilihanku


Silkygirl Magic Pink Lip Balm
                                                   
Assalamualaikum pembaca semua....

Hari ni na share sikit tentang silkygirl magic pink ni.Korang penah try tak lip balm ni ? Best! Berangin jew rasa.Lagi satu,warna dy ikut warna darah bibir kita.

Sebab apa aku pilih lip balm ni..

Sebabnye lip balm ni melembabkan bibir aku selama 6 JAM! Diperkaya dengan agen anti-oksida Vitamin E untuk melindungi bibir.

Dirumus khas dengan :

Minyak Jojoba : Ekstrak tumbuhan semulajadi untuk melembapkan dan melicinkan bibir.

Minyak Shae Butter : Membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan bibir.

Minyak Biji Macamadia Ternifolia : Berfungsi untuk melembutkan dan melincinkan bibir.


Aku penah la pakai pg sekolah ritu,then ada cikgu tanya aku pakai lipstik ke ? Aku terkejut la.Aku takkan sesekali pakai lipstik.Urghhh~ Tak suka sebab rasa semacam.

Kalau pakai lip balm ni rasa cam fresh jew bibir kita.Serius ! Kalau tak caya korang try la beli.Harga pasaran tak silap Rm9.90 je.Tapi aku suka beli kat satu shop ni.Murah je dia jual just Rm7.90.Kurang Rm2 je.Hehehe ^_^

Aku kalau pergi mana-mana aku akan pastikan aku bawak lip balm ni.Yew la.Wajib ada dalam handbag korang taw girls!Wajib ~

Lip balm ni korang boleh beli kat Watson ke,Guardian ke tempat alat-alat solek.Mesti ada punya la...Huhuiii ~

Selamat membeli dan selamat mencuba ~ (sambil kenyit mata >_^)

Salah satu perisa Lip Balm Silkygirl (Cherry)










Playboy Itu Suami Aku

                                                         بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..

Amboi..nampak je tajuk tu terus klik eh ? Mesti tengok kan cite ni ? Peminat setia PISA (Playboy itu suami aku) mcm aku  ~ Huihui ~

Sweet kan ? :)


Aku pun tengok juga cite ni.Mula2 tak layan pun.Story sebelum ni pun aku bukan layan sangat pun.'Love You Mr.Arrogant' pun aku layan episod first and akhir je.Nampak tak aku tak layan kat situ ? Hahaha

Entah napa aku layan pulak cite ni.Siap usaha pergi naik ipoh sebab kat tempat aku ni tak ada pun kedai Popular.Kedai buku ? Of course la ada tapi novel2 ni jarang la ada.Akhirnya dapat jugak aku beli buku tu sebab apa? Perasaan aku membuak2 nak tahu layan cerita dia macam mana. (Nampak tak aku suka giler2 cite tu ? ) Tambah2 pelakon dia lagi double tripple aku suka.Lagu dia pun best giler sampai aku buat lagu blog aku... Hahaha (^_^) (y)

Encik Mimpi 


Novel 'PISA' ni tak mahal pun.Just Rm24 je walaupun nampak tebal kan ? Tapi kalau korang beli kat popular ada rebate 20% sekarang.Jadi nt korang akan dapat dalam RM19.20 la xsilap aku.Murah kan ?Aku rasa novel 'Sebenarnya,Saya Isteri Dia' lagi tebal kot dan lagi mahal RM30 -,-



Bila dah baca novel tu............

Aku lagi-lagi tak sabar pulak nak tengok cerita dia.Yela,kalau baca kita cuma guna imaginasi je.Kalau tengok depan-depan mata lagi best kan ?Setuju ke dok ?

Oleh itu pembaca semua,(gaya macam tulis karangan je -,-)




Moh la kite layan cerita cerita tu.Setiap Isnin-Khamis pukul 7 malam until 8 malam.Sebelum layan cite tu korang solat la maghrib dulu.Iklan tb3 kan lama? Kan ? Opah aku la selalu pesan sekarang ni maghrib awal,isyak lagi la awal nt.Tengok tu tengok jugak.Jangan sampai lupa solat k ?

Selamat membaca ~

Have fun ~

Fenomena Memutihkan Kulit,Apakah Kesannya?

                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca yang kiut miut...


Korang tahu tak?Golongan belia Asia pada hari ini majoritinya memiliki kulit sawo matang.Tetapi mereka lebih obses kepada kulit yang putih + gebu gitu...betui tak ?Tapi cuba korang tengok orang yang duduk kat Eropah.Mereka kulit putih kan ? Tapi sanggup berjemur di tengah panas untuk menggelapkan kulit kerana itu definisi cantik untuk mereka la.Tapi kita remaja sekarang definis untuk putih.Ahaks~

Jom kita terjah bagi sesiapa yang nak obses sangat putih dan sanggup beli produk kecantikkan yang membahayakan kulit.

1.Hydroguinone

Apakah bendanya ni ? Okey.Aku nak cerita.Bahan ni memang terkenal la dalam setiap produk pemutihan muka.Bahan ni 'bekerja' untuk mambantu menghilangkan pigmen gelap dalam kulit dan memutihkan wajah korang dalam jangka masa yang sangat singkat jika digunakan setiap hari.

Hati-hati jika kesan pemutihan hanya dalam masa seminggu atau dua minggu.Memang wajah korang akan meletup cun macam emma maembong.TAPI! kesan jangka panjang akan memudaratkan korang.Kulit korang akan terasa panas atau gatal yang berpanjangan.

Jika korang berhenti memakai produk ini serta-merta kulit korang akan bermasalah kerana timbulnya noda hitam yang tidak diingini.Jadi,berhati-hati semasa memilih produk. :)


2.Merkuri 

Oh my!Aku pun tak tahu benda ni apa.Macam nama logam kan?Yes! Memang bahan kimia ni berasal dari logam.Mak aihhh!Bahan logam ni kebiasaannya dicampurkan bersama produk pemutihan kerana mampu menyerap ke dalam kulit lebih cepat.

Selalunya,produk kecantikan yang mengandungi merkuri ni berbau wangi bagi menutup bau logam.Kesan jangka pendek,wajah memang cantik la.Putih,jerawat hilang,liang pori nampak lebih kecil dan wajah nampak lebih halus dan mulus.

Jika berhenti wajah korang akan timbul bintik-bintik hitam di seluruh wajah.Korang nak ke muka macam tu.Lepas ni,patut cek ingredients dulu.Huhu


3.Steroid

Steroid ni pun diorang letak dalam produk kecantikan.Ia lebih dikenali sebagai hidrokortison yang biasanya digunakan untuk mengubati penyakit kulit yang serius.

Tetapi,untuk dapatkan kesan yang lebih cepat,produk ni dicampurkan tanpa rasa tanggungjawab dan dijual kepada umum.Kebergantungan bahan ni memang tidak elok kerana lama-kelamaan akan timbul rasa kegatalan pada wajah dan menimbulkan rasa ketidakselesaan yang berpanjangan.


4.Vitamin C

Memang vitamin C ni baik untuk kesihatan.Tetapi ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengambil suntikan vitamin C pada wajah.

Suntikan vitamin C ni berkesan menimbulkan warna kulit yang sekata dan sihat.Ia mencerahkan kulit kepada warna normal iaitu mengembalikan semula warna yang asal,bukannya memutihkan wajah.

Majoriti mengambil suntikan ini dengan harapan memiliki wajah putih berseri seperti bintang ala Korea.Pengambilan vitamin yang berlebihan akan menyebabkan sampingan kegatalan dan alahan yang jika terlalu teruk akan menyebabkan kematian.Elakkan perkara ini berlaku kat diri korang k ?


Okey la my dear pembaca.Harap ini bermanfaat untuk korang dan untuk diri aku jugak :)

Have Fun  :)





Jadilah Teman Bicara Yang Menyenangkan ~

                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca semua.

Hari ni aku nak share dengan korang tentang tips untuk jadi sahabat yang best untuk kengkawan dia.Haaaa....Korang mesti nak tahu kan ? Nak tahu ke tak ?

Okey ! Nak jadi kawan yang happy go lucky ni agak sukar la jugak kan ? Apatah lagi dengan orang yang kita baru kenal.Betul tak ? Ada malu-malu sikit kan ? Tapi kadang2 aku pelik gak tengok adik aku (laki) bila jumpa je orang yang diorang baru kenal mesti nampak macam dah lama kenal.Grrrrr ~ muncul kecemburuan kat situ..Hahaha.Just kidding :)

Okey sekarang aku nak share tips dengan korang sikit.

1.Jangan bincang benda yang tak penting (Alert!)

Kadangkala dalam satu perbincangan,korang mesti ada nak tanya hal-hal yang peribadi sikit kan ? Betul tak ?Walaupun korang rasa benda tu tak penting.Tapi kawan korang masih cakap pasal hal-hal yang remeh untuk dibincangkan.Ingat!Jangan sesekali korang tukat topik.

2.Jangan bertanya soalan yang lain jika soalan yang sebelumnya masih belum berjawab.

Jika korang bertanya tentang salah satu sisi kehidupan dari lawan bicara,maka jangan sesekali mengubah persoalan kepada topik perbicaraan lain mengenai diri korang sebelum hal tadi terjawab.Kalau korang buat camtu nampak sangat korang tu macam ego sikit.Sikit jew la!

3.Perbincangan harus ada dalam keadaan harmoni :)

Macam mana tuh ? Macam ni sayang sekalian.Perhatikan keadaan sekitar.Kadang-kadang suasana sekitar korang tidak sesuai dengan topik yang korang nak bincangkan.Contoh la korang kat kedai makan kan.Tak kan korang nak cakap topik pasal taman pulak?Pasal stadium ke apa ke kan? Haaaa...camtu la.

4.Jadilah pendengar yang baik dan setia.

Kalau korang menjadi pendengar yang baik dan bincangkan topik yang sesuai dan serasi dengan diri korang dan juga kawan korang k?Jangan bincangkan something yang sensitif.Yang boleh buat kawan korang terasa.



Hope tips ni dapat membantu.
Have fun :)

Selamat Hari Tua Ikram !

                                                                بسم الله الرحمن الرحيم


 Assalamualaikum..

Semalam(25.10.2013) tepat pukul 10.00pm.

Tunggu dan tunggu ~

Masa tunggu awak,awak tak tahu betapa seram+sejuknye tangan saya.Saya pun tak tahu kenapa.Mungkin sebab dah lama tak jumpa awak mybe.Selama 6 bulan kita tak jumpa hanya berhubung melalui fon,Facebook dan Skype je.tsk..tsk :'(



Bila awak kol je saya kata awak dah sampai.Lagi triple la sejuk tangan saya.Hahaha..



Bila jumpa awak.Hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya kat awak.Memang tak sangka saya akan jumpa awak malam tu.Tanpa kita sedar,esok (tepat 12 mlm bersamaan 26.10.2013) adalah bufday awak.Hebat tak rancangan-NYA?

Sebelum ni kita selalu plan nak jumpa,tapi tak pernah menjadi untuk bertemu awak.Ada je masalah yang timbul kadang-kadang menimbulkan salah faham antara kita.Tapi awak tak pernah marah saya selama saya kenal awak.Tinggi suara pun tak pernah dan awak selalu tegur saya kalau saya ada buat silap ke apa ke.Thanks sgt2..

Bila dah jumpa awak,macam-macam kita sembang.Sampai ada tahap kutuk-kutuk orang pun ada (bila nak sedar diri weiii!asyik duk kutuk orang je -,-).Hahaha...Tapi awak layan jew cite saya.Sepatutnya saya yang pergi jumpa awak sebab esok tu bufday awak.Tapi terbalik pulak.Awak yang jumpa saya.Awak yang belanja saya makan MCD (actually aku yang mintak sebab teringin sgt dah~).Sampai kekenyangan dah saya.Sedap giler unwrap tuhhhh....Hahaha XD

Thanks awak sebab belanja saya ♥


Ikram Sambut Bufday Dengan Family :)



Kalau boleh saya nak jumpa awak lagi kalau ada rezeki.Macam-macam saya nak story mory dengan awak lagi.InsyaAllah :)


Thanks 4 reading :D