PERGINYA SEORANG PENJAGA YANG PENYAYANG



                                                               بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Pertama sekali sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Okey Tiqah just nak share dengan korang tentang someone yang betul-betul Tiqah sayang.Tiqah cinta !

Arwah tokwan Tiqah.

Arwah sejak dari Tiqah lahir.Mak tak habis pantang lagi.Tiqah selalu dengar dari mulut mama,ayah,makcik,pakcik,orang kampung yang arwah ni sangat-sangat jaga Tiqah.Dari Tiqah kecik sampai la Tiqah umur 21 tahun sekarang ni.Dia yang jaga Tiqah,selalu tegur kalo Tiqah ada buat salah.Tambah-tambah bab agama memang arwah jaga sesangat.

Bila Tiqah dah makin besar.Arwah yang hantar pergi sekolah setiap pagi.Ambil lepas sekolah.Masa tu mak dengan ayah jauh.Duduk Pengkalan Hulu.Tiqah memang tak ikot sebab dah melekat dengan arwah dan opah.Memang tak boleh pisah.Alamatnya deman seminggu.Pernah jadi masa arwah dengan opah pergi buat Haji Tiqah demam panas berminggu.Tidur pun peluk kain pelikat arwah.Setiap hari lepas Asar,arwah akan cepat-cepat balik ke rumah sebab apa ? Sebab ada cucu yang tunggu dia untuk dibawa main bola kat perkarangan masjid.Sebab kat situ lapang.Kereta dan motor dah tak ada sebab semua orang balik.Jadi,selamat sangat main bola kat situ.Arwah sangat menjaga Tiqah.Ya Allah,rindu rasa.Bila makan je,mesti makan apa yang arwah makan.Especially kalau tak de makanan kami makan nasi bubuh air pastu ada ikan masin.Sedap ! Arwah yang selalu suapkan.

Bila malam wajib kena tidur sebelah arwah sebab dapat peluk.Pernah opah nak pisahkan Tiqah dengan arwah bila tidur.Last-last bangun ada kat tepi dah.Bila berjalan entah la.HAHA.Tapi semua tu dah jadi memori.

Arwah sangat jaga pemakanan.Arwah tak ada pun sakit apa-apa macam darah tinggi,kencing manis ke apa.Cuma oneday,tetiba ada bisul kat kaki.Melarat berlubang-lubang kaki arwah sampai kena ulang alik ke Klinik Bersatu di Sungai.Petani.Habis beribu duit arwah.Sampai la arwah putus asa nak pergi dah sebab seminggu kena pergi dua kali.Ubat dah nak dekat dua ratus.Duit minyak lagi.Time tu memang arwah bawak keluar habis duit dia.

Satu hari,arwah minta Tiqah pergi beli ubat.Dia bagi Tiqah RM100 untuk beli ubat.Arwah seorang yang sangat berjimat cermat.Time bagi duit tu arwah ada kata "Ini la duit yang ada bila wan mati nanti.Tak ada dah duit."Tiqah cuma dengar je la.Patu urut-urut kaki.Pastu Tiqah pergi kedai beli barang. Last sekali ubat harga under RM100 la...Ubat yang Tiqah beli arwah tak sempat pun makan.Opah setiap malam every second stay dengan arwah.Tak pernah berenggang.Walaupun kekadang gaduh.Arwah walaupun sakit tak pernah tinggal solat.Walaupun kaki arwah luka.Tak boleh kena air.Arwah tetap jugak ambil wudhu.

Petang tu,Tiqah balik.Arwah mengadu panas.Dia tak nak kena kipas.Nak orang kipaskan dia.Arwah kata kalau guna kipas tu dada sesak.Tetiba arwah pesan macam-macam.Jaga opah dan ada yang lelain arwah pesan.Tiqah tak sangka apa-apa pun time tu.Malam tu arwah kena bawak pergi Hospital Taiping.Tapi memang arwah ada minta nak pergi sana.Dia kata sana misi ramai.Doktor dekat.

Pagi tu lepas Tiqah kemas rumah.Cepat-cepat bersiap nak pergi Taiping.Tiba-tiba hati ni terdetik nak tengok satu video kiriman dari Whatsapp "100 Hari Tanda Kematian".Time tu cuma tengok je la tanda-tanda kematian.

Sampai je Taiping diberi kesempatan jaga arwah.Sembang.Tengok arwah lesu sangat.Beliau ada kol adik beradik dia kata nak jumpa.Arwah peluk adik dia erat-erat sambil nangis.Macam tahu-tahu je arwah dah nak pergi.Pastu Tiqah sempat jaga arwah dalam wad sejam sebelum opah datang.Tiqah pernah dengar arwah kata kat opah.Kalau boleh nanti bila arwah mati,arwah nak opah ada dengan dia.Dia tak nak orang lain.

Pastu Tiqah dengan mama,adik beradik,pakcik and makcik pergi la makan.Time Tiqah dah habis makan.Tiqah keluar dari Kantik Hospital tengok opah berjalan sambil nangis.Opah kata wan dah tak ada.Tiqah tak percaya.Tiqah pergi jugak wad tengok doktor tengah check.Lepas check doktor tu kata beliau dah tak ada.Bayang kan time tu Tiqah rasa dunia dah gelap.Tiqah pernah doa supaya Allah ambil Tiqah dulu baru opah dan arwah wan.Tapi Allah lebih sayangkan arwah.

Tepat 5.4.2015 jam 4.05 petang.Hujan turun dengan lebatnya.Masa tu Allah dah tarik nyawa arwah.Tiqah tengok muka arwah senyum.Dahi arwah berpeluh.Doktor sahkan arwah hanya sakit perut je.Malam tu lepas sampai rumah Tiqah tak berenggang dengan arwah sebab Tiqah tahu time tu je yang Tiqah ada.Muka arwah jadi kuning langsat.Berseri-seri.Tiqah tak pedulikan orang yang datang laki ke perempuan ke.Masa tu cuma fikir Tiqah cuma ada masa tak sampai 24 jam untuk bersama arwah.

Sekarang.Dah genap 2 bulan lebih arwah pergi tapi Tiqah still dapat rasa arwah masih ada.Sebab dia hidup dalam hati Tiqah.




Sekian.

Thanks for reading.Maaf panjang berjela ;)



PENGALAMAN MENJADI GURU SEKOLAH MENENGAH ~


                                                            بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca semua !

Ya Allah dah berhabuk tahap dewa dah blog Tiqah ni ! Fuhhh ~ Fuhhh ~ *lap habuk

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk menulis entry lagi pada hari ni.Rasanya dah lama tak update blog ni.Besela kita ni tak famous macam kak Hanis Zalikha,kak Irine Nadia ataupun kak Yuyu.Huhu ~ T_T

Okey kat sini nak story sikit tentang pengalaman pertama jadi CIKGU SEKOLAH !!!


Masa first time dapat offer tu,mak aihhh memang la excited giler.Cikgu kot.Sapa tak nak kan ? Tapi in my mind 'sekolah sekolah rendah.Senang je'.Memang masa tu pikir cikgu sekolah rendah je la.Sebab Tiqah memang suka sesangat budak-budak sebab diorang ni cute je sebab kecik kan ? HAHA

Tapiiii ............. bila Tiqah pergi je PPD dengan adik time tu.Tiqah tak sangka kena mengajar sekolah MENENGAH ! HIGH SCHOOL kot ! Ya Allah masa tu fikir banyak kali,sehabis masak la jugak lepas tengok borang offer tu.Telan air liuq weyhh.Nak ajar Akaun pulak tu.Aduh ! Cikgu PPD tu tanya boleh ke tak ? Dalam hati azam la jugak bagi boleh,bagi semangat dalam diri sebab tengok gaji dia not bad.Boleh tahan la sehari nak dekat RM100 siapa nak bagi ? Hahaha. Masa tu memang aku mata duitan sikit sebab nak guna duit sebab kalo boleh nak bukak bisnes sendiri.Hehe.In Shaa Allah .


Okey ! Malam tu,bersiap la apa lagi.Siap berdoa mintak Allah permudahkan.Sebab nak jadi cikgu ni bukan senang tao ! Nak ajar murid-murid lagi apa semua.Nak kawal kelas tu yang payah.Tiqah guna kuasa magic Tiqah bagi diorang tu dengar cakap skit.Haha

Malam tu prepare semua barang.Siap beli beg baru macam budak sekolah nak pergi sekolah baru.Giler bile pikir balik menda tu tak payah pun tapi sebab excited punya pasal.Habis melayang jugak la duit Tiqah sampai RM50.Banyak tu RM50 boleh beli topup untuk sebulan !


Malam tu Tiqah selongkar habis almari mak sebab nak cari baju.Baru Tiqah tahu baju kurung Tiqah ni sikit.Masa tak jadi cikgu mengeluh baju kurung banyak la apa la.Sekarang ni baru tahu yang baju kurung Tiqah ni sikit giler.Ada yang dah tak muat pun ada.Rasa macam nak sedekah kat orang je.Huhu.

Okey,esok tu lepas daftar diri apa semua.Then dah dapat time table.Tengok time table.First waktu dah kena masuk kelas.Time tu nak menangis pun ada jugak.Haha.Manja sangat ! Dah masuk kelas tu rasa macam awkward sebab kita dulu jadi murid now tetiba jadi cikgu.Kelakar pun ada.Haha.

Dah lama hari pertama tu kena masuk banyak kelas.Jenuh la tanya murid-murid nama diorang.Ada yang kelas okey tu okey.Kalau dapat kelas hujung tu memang kena pandai kawal.Kena guna kuasa magic-magic sikit bagi diorang ni dengar cakap kita.Aduh ! Penat tao jadi cikgu tapi yang bestnye pengalaman.Dapat berkenalan dengan anak-anak murid.Yang paling best sangat sebab diorang kalau jumpa kat mana akan panggil kita 'cikgu' even kita dah tamat tempoh kontrak.

Alhamdulillah Tiqah lagi 2 hari nak habis kontrak jadi cikgu ganti ni.Rasa macam cepat sangat masa berlalu.Memori dengan anal-anak murid banyak sangat.

Kat sini nak share sikit gambo kitaorang welfie.Hewhew ~







Nanti Tiqah update lagi ye ~ Stay tuned bebeh .

                                                         
                                                             Thanks for reading <3