PERMULAAN MEMBELA SUGAR GLIDER


                                                          
                                                               بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum dan salam awal muharram untuk korang semua.

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi bernafas dimuka bumi Allah hari ni. Syukur ~ Okey. Dah lama sis tak ‘membebel’ dalam blog sis ni. Rindu ngat aihhh.. nak menaip, nak kongsi cerita dengan korang semua J

Hari ni sis nak share sikit tentang sugar glider. Apa tu sugar glider ? Makanan ke ? Hahaha.
Ini yang sis paham la kan. Sugar Glider ni sejenis binatang exotic tao . Kecil dan comel. Sesuai la untuk bawak pergi mana-mana sebab kecik kan. Hewhew ~ Lagi satu binatang ni sangat-sangat la manja kalau korang pandai nak manjakan dia la. Kalau tak alamatnya sampai bebila dia garang. Hahaha.
Sis sebenarnya dah taram lama dah nak bela sugar glider ni. Dari sis umur 17 tahun lagi. Sebabnya tengok akak kat tempat keje sis bela. Huuuu. Comey. Manja pulak tu. Bulu pun gebu gebas sangat ! Huuuu. Tapi sis simpan dalam hati je la nak beli sebab harga dia mahal sangat waktu tu. Rm200+ tao. Sis mana la ada duit nak beli. Sekali beli hilang ke apa ke. Menangis tak berlagu la sis.
Nak dijadikan cerita.Sis dapat sambung belajar kat satu IPT ni. Kat situ sis jumpa satu pet shop yang jual dengan harga murah. Senang cakap. Harga student la. Sebab pet ni ramai student bela. Sebab nape ? Sebab kecik. Letak dalam poket atau beg pun boleh. Haha
Jadi sis beli dengan harga RM180 siap dapat free gift lagi tao. Bukan senang nak dapat. Ni pun duk bodek-bodek owner tu. Nasib aunty tu baik hati bagi sis harga tu sekali free gift beg. Before sis nak bela,sis belajar dulu tentang binatang ni sebab kalau salah bela alamatnya mereput la kau nak. Dia kena ada penjagaan yang rapi sebab binatang ni binatang pembersih. Kalau boleh cage tu tiap hari kena cuci. Jangan bagi kotor. Kalau kau malas sangat dua hari baru cuci. Tu kalau kau malas. Kalau kau rasa kau ni pemalas sangat,kau suruh housemate kau ke,adik beradik kau ke,pakwe makwe kau ke basuh cage tu. Haha. K gurau !
Okey. Bagi sesiapa yang baru nak bela. Pastikan kau kena kuat mental dan fizikal sebab kau jaga sugar glider macam kau jaga baby ~ hewhew. Sis syorkan sesiapa yang permulaan nak bela ambil yang 3 bulan dan ke bawah. Eh ? Nape pulak sis ? Kan ke baby lagi ?
Haaa.. Kat sini sis nak bagitau korang. Baby sugar glider (joey) yang umur 3 bulan ke bawah kalau dia gigit kau pun kau rasa geli-geli. Biasala tak ada gigi lagi. Kalau kau pergi beli yang 3 bulan keatas. Hmmm... semoga tabah menempuh tangan kau yang bakal berdarah tiap kali kau kena gigit. Haha
Bila kau dah bela sugar glider ni kau kena layan dia betul-betul bagi dia kenal bau kau. Kalau kau tak ada masa sangat. Kau kendong la pergi mana-mana. Letak dalam beg. Ataupun kau letak baju yang kau tak basuh lagi bagi dia bau kau tu. Haaa. Senangkan cara sis. Sis bagi yang simple je. Kalau boleh kau kena spent masa kau dengan dia 1-4 jam sehari. Kalau boleh. Kalau tak boleh. Kau spent 1-2 jam pun dah cun ! Sebab nape ? Malam japg kau dengar la dia bunyi macam mana. Jenuh kau nak bangkit main dengan dia pulak pepagi buta. Haha.
Bab makanan waktu joey dulu sis bagi dia makan makanan dia. Sis bagi Yogurt drop untuk tambah selera makan dia dengan makanan dia dalam bekas besar tu. Sis dah lupa dah. Kalau korang nak bagi makanan lain pun boleh. Lepas tu, dah 5 bulan ke atas sis tak beli dah menatang tu semua. Mahal sangat. Sis bagi apa yang sis makan. Tapi buah kau jangan lupa bagi. Tiap hari kalau boleh bagi dia makan berlainan buah. Ubah selera dia. Kalau kau makan benda yang sama tiap hari kau pun naik muak kan ?
Lepastu,sis bagi makan nasi, ayam rebus, ikan keli masak sambal. Semua dia hadam. Haha. Tapi kalau nak bagi dia macam-macam pun kau jangan sesekali skip buah bagi kat dia.
Ermmm. Yang tu je kot sis boleh share. Sekarang Alhamdulillah sugar glider sis dah gebu gebas macam sis. Bulu lembut je tao ! Siap ada IG lagi. Jangan lupa follow tao ! J
Sampai sini je perkongsian sis. Mak dah panggil suruh masak. Selamat membaca. Salah silap tolong betulkan ea. Tq semua !




    

LAPTOP DAN NOTEBOOK MURAH


                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua ! Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menaip hari ni setelah sekian lama menyepi. Huuuu.

Okey ! Entry kali ni Tqah nak share dengan korang bagi sesiapa yang masih tercari-cari laptop ataupun notebook yang harga murah ! Tak cayakan laptop dengan notebook harga murah bawah dari RM1K beb !!!

Dulu masa Tqah sekolah. Kerajaan ada bagi bantuan Notebbok 1 Malaysia tak silap. And alhamdulillah Tqah tersenarai dapat setelah mata dah lama menyemburui kengkawan yang pakat dapat notebook free ni ! Allahu ! Dengki sesangat la waktu tu. Haha !

Tqah dapat Notebook HP tao ! Memang elok la brand pun dari Jepun kan ? (betulkan kalau Tqah salah ye). Pastu guna dari Form5 sampai la masuk U ambik degree sekarang. Memang dah nazak la notebook tu dengan lambat walaupun dah banyak kali format (T_T)

Then, oneday waktu tu tengah mencari la notebook yang murah,survey kat kedai. Mahalnya lahai. Tak mampu. Haha. Then dia suggest la satu kedai kat Kedah yang juai notebook dengan laptop murah. Memang brand Jepun. Bukan secondhand tao ! Memang murah sesangat. Ni pun tengah guna notebook tu. Jenama Tqah guna sekarang NEC. Memang brand TOP dari Jepun. Tak mudah hang buat masa sekarang ! Tak sia-siala beli.

Sesuai la bagi student nak bawak pergi memana pun senang, Tak berat dan mudah bawak sebab berat dia 0.95 kg sahaja !

Disebabkan dah guna notebook ni jadi Tqah pun nak la suggest kat korang student yang masih mencari notebook dengan harga RM450 ataupun laptop dengan harga bawah RM700 boleh pm Tqah tao !

Kat sini Tqah tunjukkan Notebook je. Kalau nak Laptop boleh pm tepi ea

NEC 12"
- INTEL CELERON 1.2GHZ
- DDR3 2 GB RAM
- 80GB HDD
- BUILT IN WIFI
- WINDOWS 7
- BLUETOOTH AVAILABLE
- BERAT 1.3KG


HARGA RM450

NEC 12'
- INTEL CORE2DUO
- DDR2 2GB RAM
- 80GB HDD
- BUILT IN WIFI
- WINDOW 7
- BLUETOOTH AVAILABLE
- BERAT 0.95KG


HARGA RM450

PANASONIC 12'
- INTEL CORE2DUO
- DDR2 2GB RAM
- 80GB HDD
- BUILT IN WIFI
- WINDOW 7
- BLUETOOTH AVAILABLE
- BERAT 0.95KG


RM450

* HARGA DAH INCLUDE POSTAGE

Jika korang berminat boleh je terus whatsapp saya.\
Jangan risau Tqah trusted saller tao !

Ini no Tqah. Whatsapp je ea kalau nak order okeyh :)

 +60174486162 (ATIQAH ZAINAL)

KINDY FOLLOW INSTA SHOP TQAH YE @AMABEL.CO :D