MASKER JERAWAT BUATAN SENDIRI

                                                                
                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Haji buat semua. Hari ni baru kesempatan nak update blog, hermmm.. sekian lama pikir nak update ape la kan .

Okey. Masa kat rumah sewa. Ada seorang kawan Tiqah muka dia memang teruk la jerawat. Hari-hari tengok dia buat masker sendiri. Guna susu, guna coklat. Macam-macam. Bila time dia buat masker coklat tu sedap je bau. Macam nak makan pulak muka dia. Penuh coklat kat muka. HAHA !

Semalam adik Tiqah request minta buat facial muka. Memang every time bila dia balik. Dia akan request nak tu la. Nak ni la. Macam-macam. Balik pulak tak selalu. Jadi manja dia lain macam sikit.

So, Tiqah decide nak buat masker jerawat kat dia. Cara dia senang sangat. Guna kunyit, kulit kayu manis, bunga cengkih pastu air suam.

Cara-cara dia mudah sangat tapi nak taip jugak sebab nak bagi panjang sikit entry kali ni. HEWHEW !

1.Amik kunyit kat dapur korang dalam 2 sudu teh (jangan banyak sangat !)

2. Amik bunga cengkih dan kulit kayu manis (kalau yang dah hancur/ blender lagi bagus !)

3. Amik air suam. Jangan yang panas. Suam-suam macam kita duk minum tu ~

4. Campurkan dalam blender, Blend semua sekali ! kena pekat baru pergh! 

5. Dah hancur korang apply kat muka dalam 10-15 minit <3

6. Bilas dengan air !






Mudah je kan ? selamat mencuba. HOHO ~