DEAR FUTURE !


                                                                بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua :)

Tiba-tiba malam-malam ni timbul something kat kepala otak Tiqah untuk buat entry kat blog ni.Actually Tiqah tak boleh nak tido sebab fikirkan masa depan Tiqah.Memang la Tiqah baru 20 tahun.Tapi tahun depan dah 21.Usia semakin bertambah.Takutnya ~

Tapi kawan sekeliling banyak bagi kata-kata positif kat Tiqah.Maybe untuk motivasikan diri mereka sendiri dan diri Tiqah jugak.Yela,Tiqah ni kalau down otak ni akan pikir negatif 24 hours !

Selepas mengeledah Mr.Goggle,Tiqah jumpa kata-kata semangat yang boleh membuatkan kita memandang ke hadapan tanpa pandang belakang lagi dah.

Mama Tiqah ada cakap  " Jangan peduli apa orang cakap tentang kita.Rezeki kita bukan kat tangan mereka.Rezeki kita Allah yang tentukan.Jangan ingat dah yang lalu.Sekarang ni rancang masa depan kita sendiri,"









Bila kita rasa kita nak jadi sesuatu tu,berusaha untuk capai cita-cita tu ! 

Itu yang Tiqah cuba buat sekarang .

Banyakkan berdoa padaNYA.

Opah Tiqah pernah cakap " Bila kita berdoa,kita kena jadi tamak.Sebab Allah tu Dia akan kabulkan setiap permintaan hambaNYA "






 Semoga cita-cita kita semua tercapai

InshaAllah 

Doakan ye :D

Thanks for reading my celoteh malam ni XD
(betul ke macam tu ? *wondering -_- )









WANNA BE STRONGEST GIRL


                                                        بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ni.Maaf sebab dah lama sesangat tak update blog ni.Rindu gila kot nak buat entry tapi idea tu tak ada,. Hewhew ~

Sebenarnya,Tiqah busy merancang masa depan Tiqah.Sedih gila kot sebab tak dapat sambung belajar walaupun dah buat rayuan.Tak ada rezeki maybe.Tapi Tiqah jeles gilo kat kengkawan yang dapat sambung belajar.Tiqah ada juga rancang nak sambung je belajar kat IPTS tapi memandangkan IPTS ni bayaran dia sesangat la mahal dan Tiqah tak nak susahkan family Tiqah.Lagipun,adik Tiqah sekarang belajar kat Poli pun kena guna banyak duit.Jadi Tiqah amik kesempatan ni untuk belajar kemahiran dan kerja.

Mama dengan ayah,tokwan dan opah banyak bagi semangat kat Tiqah.Lagi-lagi bila Tiqah tengah down gile-gile opah dan tokwan yang banyak bagi kata-kata semangat.Sepupu sepapat sepipit semua bagi kata-kata semangat.Serius,terharu ! :')

Buat masa sekarang Tiqah nak apply kat Giat Mara.Belajar menjahit dan angan-angan untuk jadi pereka fesyen tu ada.InshaAllah.Doakan ye kengkawan semua !

Bila Allah bagi ujian macam ni,baru Tiqah tahu Allah dah rancang yang terbaik untuk diri kita.Tak semestinya pelajar yang tak ada sambung belajar kat IPTA ni tak pandai.Cuma rezeki tak menyebelahi kami.

Cuma,Tiqah nak minta kengkawan doakan Tiqah supaya rancangan masa depan Tiqah ni berjalan lancar.InshaAllah.Doakan taw kengkawan dan pembaca semua!



Thanks for reading semua ! :)