PEMUDA SYURGA


                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua pembaca !

Baru-baru ni kecoh kat laman sosial tentang seorang pemuda yang telah syahid di Syria.Masya-Allah masa mula-mula Tiqah tengok macam tak percaya sebab muka dia ala-ala Korea.Handsome sangat!Jadi Tiqah pun Goggle dan cari siapakah mujahidin yang telah syahid di Syria baru-baru ni.Sebab Tiqah nak tahu tentang beliau dengan lebih lanjut.

Setelah puas bertanya Mr.Goggle jumpa jugak tentang mujahidin ni.Nama beliau ialah Khurayra Al-Kazakh.Berasal dari Kazakhstan dan baru sahaja berumur 19 tahun.Walaupun usia beliau masih muda tetapi jiwa beliau tidak seperti pemuda-pemuda yang lain.Beliau memilih untuk berjihad di jalan Allah.
Masya-Allah !

Dari hari pertama di medan jihad, dia sudah merasa sesuai dengan kumpulannya dan beliau sangat aktif melayani kawan mujahidin yang lain. Jika ada yang memerlukan pertolongan, dia selalu ada di sana untuk membantu. Beliau juga memiliki pembawaan yang sangat menarik.


Melihat kelakuannya dan mendengarnya berbicara, sangat payah untuk membayangkan bahwa kamu boleh berdebat dengannya. Dengan pembawaan yang riang dan lucu, dia selalu bersedia berbicara dan berbincang dengan teman-temannya, tanpa menyakiti perasaan teman-temannya.

Beliau juga seorang yang rendah diri.Pada suatu hari seorang mujahidin senior telah memperli dirinya,"Nah sekarang putra Kazakh mari kita membuat nama untukmu.Aku tahu kau mesti inginkan tiga nama ini,Zhumabay (nama tokoh politik Kazakh).Tidak ? Mungkin Tuligen atau Serik?,"
Abu Khurayra hanya menjawab sambil tersenyum,"Tidak.Namaku Abu Khurayra,"




Mari kita sedekah Al-Fatihah untuk pemuda yang berjiwa kental ini.


                                                       
                                                           Thanks for reading semua !

BERBUKA DI RESTORAN NASI LEMAK AYAM KAMPUNG ~


                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua pembaca belog Tiqah...


Baru-baru ni Tiqah berpeluang lagi berbuka puasa di satu tempat yang Tiqah rasa korang patut pergi !
Tempat tu memang Tiqah selalu pergi dengan family pakcik Tiqah tapi time tu tak ada blog jadi tak dapat la na share dengan korang semua.Bila dah ada belog ni semua benda nak share! Muahaha ~~

Okey~ Kita straight to the point (amboi,ayat kelas kau !)Ehem-ehem~ (batuk mengada)

Nama restoran yang Tiqah pergi tu 'RESTORAN NASI LEMAK AYAM KAMPUNG'

Korang eprnah dengar? Sesiapa yang duduk area Ipoh mesti pernah dengar sebab tempat ni dekat dengan Ipoh je.Bagi sesiapa yang belum pernah pergi Tiqah syorkan korang pergi la berbuka kat sini.Memang best dan harga pun berpatutan.

Macam pakcik Tiqah dia ambil set family untuk 4 orang dewasa.Harga ? Sangat-sangat la berpatutan hanya RM105 je. Mahal ? Tak mahal sebab lauk-lauk dia pun banyak and paling best sebab SEDAP!

Tapi sebelum korang nak pergi berbuka kat sini,korang kena call dulu tak pun pergi je kat restoran ni dan jumpa manager dia sebab restoran ni selalu sangat penuh !

Meh sini Tiqah nak share gambar sikit -3-

Ni la Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung !

Nampak tak makanan dia sangat-sangat la banyak !
Macam-macam ada uolsss !

Yang ni bubur manis.Banyak pilihan.Korang boleh pilih yang mana korang suka ! ^_^

Haaa... Yang ni apa yang Tiqah ambil masa berbuka.Banyak lauk dari nasi :3

Jus tembikai termasuk dalam set 

Ni tuan punya blog. Muahaha (muka poyo)

Jadi macam mana? Best kan ? Jadi ajak la family pergi berbuka kat sana.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua !

Thanks for reading :)


THANK YOU GARNIER LIGHT NIGHT CREAM !

  
                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua !

Hari ni nak story pasal Garnier Light Night Cream !

Sebenarnya Tiqah dah lama guna produk Garnier.Tetapi set yang siang je,yang malam tak pernah pula nak pakai.

Tiba-tiba terdetik nak cuna pakai krim malam sebab nak hilangkan parut-parut jerawat dengan bintik hitam kat muka.Dulu,sebelum pakai Garnier kulit Tiqah agak-agak teruk.

Tapi selepas pakai produk ni,Alhamdulillah kulit Tiqah makin okey.Jerawat pun dah kurang dah.Jadi nak bagi efek cantik sikit Tiqah nak try pulak Garnier Light Night Cream ni.

Seriusly,masa mula-mula pakai esok pagi bangun muka nampak soft je dan kurang berminyak sebab muka Tiqah ni jenis berminyak sikit.

Selama Tiqah pakai ni dia tak mengelupas lagi la.Tak tahu la kalau kulit Tiqah ni tebal macam buaya ke apa ke tapi so far memang tak mengelupas.Serius best !

Struktur krim malam ni ringan dari krim siang.Tapi serius seronok sangat bila muka makin okey dan bintik hitam makin hilang.

Kalau sesiapa yang ada masalah bintik hitam dan bekas jerawat guna produk ni.InsyaAllah okey! So,Good Luck guys !!!

Ehsan Dari Mr.Goggle 

Muka Tiqah makin cerah selepas pakai Garnier Light Night Cream ni !

Bintik jerawat pun dah kurang.Serius best !

(Gambar diatas tu guna kamera biasa je taw)

                                                                Selamat mencuba !

                                                               Thanks for reading :)


BUFET RAMADHAN DI SYUEN HOTEL IPOH


                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua *sambil lap habuk !

Berkurun lamanya tak terjah blog dan update new entry kat blog pink blue ni.Apa-apa pun Tiqah nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat pembaca blog Tiqah.

Baru-baru ni Tiqah ada ikut family pakcik Tiqah ke Ipoh.Biasa la duduk kat Gerik pun bosan jugak sebab minda ni tak terbuka sangat asyik tengok pekan Gerik tu je.Mata ni pun da bosan tahap kritikal sampai kadang-kadang tu ada jugak bawa kereta makcik keluar merayau kat satu tempat yang Tiqah tak pernah tahu wujud kat Gerik ni.Sedih kan ? Hahaha

Disebabkan pakcik Tiqah ajak Tiqah ikut dan satu sebab lain anak-anak dia sangat-sangat rapat dengan Tiqah especially yang nombor dua tu.Hari-hari nak tidur dengan Tiqah je.Jadi Tiqah ikut diorang pergi Ipoh.Lepas ronda-ronda and excercise kaki Tiqah yang comel ni kat Mydin( Mall feveret Tiqah) dengan Tesco yang Tiqah tak pernah jejak pun kat Ipoh tu(akhirnya jejak jugak) kitaorang pergi solat dulu at Masjid Negara sebelum pergi ke Syuen Hotel untuk berbuka.

Syuen Hotel ni memang ada buat Bufet Ramadhan walaupun hotel ni nama macam cina tapi jangan risau sebab Chef diorang semuanya Islam.Makanan yang disediakan pun semuanya halal.Tak silap Tiqah Bufet Ramadhan kat Syuen Hotel ni tak mahal.

Dewasa :RM33 (seorang)
Kanak-kanak : RM20 (5-12 tahun)


Juadah berbuka (Banyak kan ?)


Lamb Chop (Feveret Tiqah)

Lauk lebih banyak dari nasi sebenarnya .
                                    (Sorry,kamera tak berapa nak clear sebab pakai fon murah je)

Banyak kan ? Yang tu baru permulaan.Kalau sesiapa yang berminat nak berbuka puasa kat luar ni Tiqah sangat-sangat syorkan Syuen Hotel ni.Memang tak akan rugi kalau berbuka kat sini.Tempat selesa lepas tu makanan pun banyak.Korang boleh makan sampai korang nak pengsan pun boleh.

Jadi sesiapa yang nak berbuka kat luar boleh contact Syuen Hotel ni.Tetapi korang kena tempah table dulu.Kalau tak tempah tak boleh berbuka la kat sini.Sebab kat Syuen Hotel ni selalu penuh.Memang ramai sangat-sangat orang yang berbuka kat sini.Lagi satu,kat Syuen Hotel ni diorang dah sediakan surau untuk kita solat.Jadi tak payah risau kalau nak pergi cari surau ke apa.Boleh solat terus kat situ bagi yang duduk kat area Ipoh la.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua !

Thanks for reading ! :)