He make me smile again


                                                        بسم الله الرحمن الرحيم

"Merajuk pasal hari tu eh ?,"si dia bertanya.

"Ehhh..mana ada.Tak main la merajuk-merajuk ni,"aku menjawab selamba.Dalam hati menjerit 'Merajuk la woii.Gila tak merajuk.Aku nak kau pujuk aku balik'.

"Saya minta maaf.Lepas ni tak cakap dah" Sayu je suara dia.
Aku tersenyum.Tahu pula.

DONE !! (settle sudah masalah yang membuatkan aku 'perang dingin' selama beberapa hari)

Dalam beberapa hari selepas kejadian tu,dia jaga pertuturan dia supaya aku tak merajuk lagi dah.Alolo..sweet la tu? Thanks sebab jaga hati saya.Actually tak terasa mana pun.Saja nak uji. *gelak jahat sambil guling-guling atas lantai.

Dah elok xberperang,tiba-tiba phone dia hilang.Alamak! Macam mana nak contact ni ? Last-last facebook la tempat bermesej dan menghilangkan rindu.Cehwahhhh...Ayat kau tak boleh blah la tiqah.Ada aku kesah ???? -_-'''

Apa-apa pun semoga Allah meredhai hubungan aku dengan si dia.InsyaAllah kalau ada jodoh tak kemana kan ?


Thanks Allah sebab pertemukan aku dengan 
si dia yang setia dikala bahagia dan duka.
InsyaAllah.


Segmen Blogger's Birthday by Invisible Me


                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Fuhhh ~ *tiup habuk

Dah lama aku tak update blog.Now ada segmen yang menarik aku baru jumpa tadi. SEGMEN BLOGGER'S BIRTHDAY BY INVISIBLE ME!!!

Memandangkan tarikh lahir aku lambat lagi,tergerak hati nak join sebab nampak macam best je :)

Jom sama-sama join Segmen ni ! (My birthday :26.2.1994)


Jom ramai-ramai serbu !!!



Adakah Dia Tahu ??


                                                          بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..

" Dia awek yang paling beruntung antara semua awek-awek saya"
"Dulu,susah senang kami sama-sama"
"Dia cantik,putih gile" *gelak kecil

Apa perasaan korang kalau pasangan korang cakap and puji perempuan masa korang tengah on call ?

Aku yang dengar terdiam.Tanpa sedar suara aku mula menggeletar , air mata aku mula menitis tapi aku cover.Aku buat macam biasa.Tak sedar ke dia tengah cakap dengan siapa sekarang ni ? Tak kan dia tak faham perasaan aku ? Boleh pula puji perempuan lain. Macam mintak kick je dia ni.Urghh~

Aku mula tukar topik.Aku tanya dia, dia mengantok dah ke.Dia mula kata dia mengantok.Pastu tanpa fikir panjang aku suruh dia tidur.Tak kan na paksa orang mengantok sembang dengan kita kan ? Lepas je dia letak telefon terus aku nangis tanpa aku sedar.Menggeletar terus tangan aku.Sejuk.

Esok tu,aku pergi jogging dengan kawan sekolah lama aku.Kitaorang share2 story.Aku cerita la kat dia apa yang berlaku semalam.

"Kenapa kau tak terus terang je ? Kenapa kau simpan dalam hati ? Dia patut tahu,"
Aku terdiam bila dia kata macam tu.Pastu aku mula terfikir nak bagitahu.Ya! Aku mesti bagitahu dia apa yang aku rasa.

Malam tu,aku kol dia.Niat di hati nak bagitahu tapi tak lepas.Bila aku dengar suara dia terus aku tak jadi nak bagitahu.Bila aku nak bagitahu,air mata aku menitik,suara aku jadi serak tapi aku cuba tahan.Aku sembang dengan dia macam biasa.

Lama jugak aku fikir nak bagitahu dia atau tak.Sampai pukul 3 pagi aku fikir.Last2 aku decide nak bagitahu dia apa yang aku rasa.Aku hantar mesej kat dia.Aku tahu dia dah tidur.Aku harap sangat dia baca bila dia bangun tidur nanti.

Esok tu,sampai ke petang aku tunggu mesej dia.Tak juga hantar.Nak kol tapi ego aku menghalang.Bila fikir balik sampai bila aku nak ego macam ni ? Last2 aku kol dia,tanya khabar dia.Aku buat macam biasa.Dia pun sama.Dia tak sentuh pun pasal mesej tu.Niat hati aku nak tanya tapi aku sabarkan hati aku.Aku nak dia yang mula dulu.

"Awak okey tak ?"
"Hah ? Emm..Okey je" *gelak kecil

Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.Sakitnya. T_T



Malam ni,aku hantar mesej suruh dia online.Lama juga aku tunggu tapi dia tak online pun.Nak dekat sejam lebih aku tunggu dia online.Dalam pukul 10 lebih aku call dia.Dia kata dia keluar,dalam otw nak balik.Nak sampai rumah dah pun.Sekarang dah pukul 11.31 malam.Dah dua jam aku tunggu dia.Masih menunggu dan terus menunggu orang yang aku pasti dia tidak akan tiba.

Kenapa dia masih tak perasan apa yang aku rasa sekarang ni ? Kenapa masih ego ???

Awak tak tahu atau pura-pura buat tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni ???






NewGiveaway By Sh.Amarina & Amila


                                                          بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Jom join GA yang comel ni :)




JOM TERJAH : BEST SEO CONTEST FOR THIS YEAR! ==► CONTEST SEO ERIDY

GA ini bermula pada 27 Dec 2013 - 27 Jan 2014 dan tamat tepat jam 12 malam pada 27 Jan 2014. Pemenang akan diumumkan pada 30 Jan 2014. GA akan terbatal apabila tidak melebihi 50 peserta. Hadiah menarik menanti anda semua !! Jom join semua :)
Mencari 33 pemenang bertuah

Excluise Giveaway By Mieya Atiera

                                                                   
                                                          بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum :)

klik banner untuk join.
Sebanyak 107 hadiah menanti pemenang bertuah.
(
klik untuk ketahui senarai hadiah)





Guilin,China

                         
                                                    بسم الله الرحمن الرحيم

Assalmualaikum..

Kenapa tajuk China pulak ni ? *sengih*.Actually,itu la tempat yang aku nak pergi kalau aku dah keje nanti.Kalau tak dapat pergi,bila aku kawen nanti nak ajak suami pergi tempat ni..

Ni gara-gara tengok Destinasi Ria Bersama Air Asia tadi.Arghhhhh~ Rasa nak jerit kuat-kuat kalau dapat pergi tempat ni.Cantik sangat.Jeles tengok Najwa Latif dapat pergi sana.Have fun at sana.Permandangan  at sana nyaman sangat.Tak rugi kalau pergi. *walaupun aku tengok dalam tv je

                                           
                                                     
Red Flute Cave
Cantik tak ? Kat dalam tu ada banyak lagi.Macam2 kaler.
Jelesnye tengok.Teringin nak masuk kalau dapat pergi
sini. >,<

Elephant Trunk Hill.
(Nampak tak macam gajah minum air?)

Longji Terreces
Nanti aku nak ajak laki aku berjalan at sni.
"Udara nyaman + sejuk sangat! "
*Najwa Latif kata
Cantik kan ? Wajib pergi ke Guilin ni >_<
Actually banyak lagi tempat yang menarik time aku tengok tv tadi.Tapi aku lupa la.*sengih* hehe
Tapi yang pasti tempat ni dah masuk dalam list travel and destinasi bulan madu aku.Haha.Bia rabak sikit poket suami aku nanti.Mohon dia simpan duit banyak2.

Aku nak pergi jugak tempat ni.Tak kira.Korang dah tengok kan tempat menarik at Guilin ni.Aku saja je xletak tempat nak gi shopping sebab aku tahu aku ni perempuan jugak.Takut nanti mebuak-buak pulak perasaan nak pergi.Tak pasai2 aku terjun laut berenang gi Guilin nt. *Amboi,kau ~ Ayat tak boleh blah.

Okey la.Sampai sini je aku nak share dengan korang.Semoga bermanfaat okey ?

Thanks For Reading ^_^




Winds Note Smart II


                                                        بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hai semua..Fuh..fuhh~ berhabuknye blog wa..dah lama wa xupdate status at blog ni.
Sorry la sebab dah lama share something ngan korang semua.Bz sikit sebab semenjak keje ni tak ada masa nak update.

Korang dah nampak tajuk tu ? Hari ni nak cerita pasal handphone jenama WINDS ni.Pernah dengar ? Tak pernah kan ?

WINDS ni jenama handphone Malaysia yang sedang mencipta nama macam ALTEC,Ninetechnology and sebagainya la..Tapi nak bagitahu korang jenama WINDS ni memang bagus la.Application dia memang terbaik.Skrin menggunakan SuperHD punya skrin..Nampak macam real.Serius aku cakap dengan korang.

Aku cerita sebab aku dah beli satu handphone jenama ni.Memang puas hati la sebab aku sebelum beli handphone aku research dulu.Memang jenama ni tak setanding dengan Samsung,Sony or sebagainya tapi entah la pasai apa aku memang tergerak hati nak beli.

Amacam ? Sama macam S4 kan ?
^_^

Ini information pasal WINDS NOTE SMART 

GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
SIMDual Sim, Dual stand-by
Announced2013, July
StatusAvailable. Released 2013, July
BODYDimensions136.6*69.7*8.5 (mm)
Weight160 g
DISPLAYType4.63 FWVGA High Resolution touch screen
Size480*854; pixels, 4.63 inches
MultitouchYes
SOUNDAlert typesVibration; MP3, WAV ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotmicroSD, up to 32 GB
Internal
DATAGPRSYes
EDGEYes
WLANWi-Fi
BluetoothYes
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary2 MP, autofocus, LED flash
Featurestouch focus
VideoYes
SecondaryYes, 0.3 MP
FEATURESOSAndroid OS
CPU1.0 GHz
SensorsAccelerometer, gyro, proximity, compass, barometer
MessagingSMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
BrowserHTML5, Adobe Flash
RadioStereo FM radio
GPSYes
JavaYes
ColorsBlue, White
- Active noise cancellation with dedicated mic
- TV-out
- SNS integration
- MP4/DivX/XviD/WMV/H.264/H.263 player
- MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
- Organizer
- Image/video editor
- Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF)
- Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk, Picasa
- Voice memo/dial/commands
- Predictive text input (Swype)
BATTERYLi-Ion 1300 mAh battery
Sampai sini je aku nak share dengan korang semua.Nanti kalau ada masa aku update lagi okey ? 


Tenkyu sebab baca :)

Selamat malam ~



Handphone GiveAway By Syuhada1981.com

                           
                                                    بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum (Kalau jawab sayang,kalau xjawab dosa)


Hadiah yang disediakan giler gempak giler dear.Apalagi ? Jom la join. Mana tahu korang salah seorang pemenang ke kan ? ^_^

Hadiah yang disediakan :)

Senarai Hadiah

Top Referral

Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang




Random

Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang


Dah tengok hadiah ? Menarik kan ? Jangan lupa join okey ? 

Thanks for reading :)