Perkahwinan Sepupu Belah Ayah


                                                   
                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Hari ni nak story tentang my kazen punya wedding.Huihui..bestnye bila tengok orang yang dah kahwin ni.Jeles taw.Teringin pula nak kahwin.Apakan daya jodoh tak sampai lagi.InsyaAllah dalam dua or tiga tahun lagi.Ahaks (Doakan la ye)

Masa kat rumah kazen aku ada la tolong sikit.Hias makanan pengantin je.Haha...Tengok macam sedap je,macam lazat je.









Nampak macam sedap je kan ? Pastikan korang yang baca blog aku ni bukan pada bulan puasa.Batal puasa korang nanti. (Amaran !)

Okey aku gurau je.hehe

Actually,banyak lagi makanannye.Ni je yang aku mampu snap2.ye la kan.Dua biji bas mai wei..Tak cukup tangan aku nak hias lagi.Nak tangkap gambar lagi.Biasala dua beradik naik pelamin.
Now nak tengok wajah pengantin pulak.Yang pengantin perempuan(baju merah) and lelaki (baju biru) sepupu aku.Actually aku masa kecil-kecil dlu tak rapat pun dengan diorang.Yela jarang jumpa.Adik beradik ayah aku nu bukan sikit.Ramai.14 orang adik beradik (ayah anak ke 9).
Rupanya aku baru tahu.Hahaha.Nampak sangat tak ambil port kan pasal family ayah aku ni.Rupanya aku ramai gila sepupu yang dah kahwin.Siap ada anak dah.Dah besar-besar dah anak diorang.(Nampak tak aku ni tak ambil port sangat?)
Lepas ni aku akan ambil port pasal family ayah aku.

Okey! Dah penat merepek.Aku nak share dengan korang gambar pengantin.Nampak gojes sangat :D





Tahniah to you Nurul.Selamat Pengantin Baru :)


Okey.Ni abang dia and his gojes wife.Biru my faveret kaler.Macam tahu-tahu je.
(Perasannye kau tiqah!)
ahaks

Congrate for both of you.Semoga menjadi suami dan isteri yang soleh and solehah.Tempuhilah alam rumah tangga dengan penuh ketabahan dan kesabaran.Semoga dapat baby yang comel-comel :)


Dah penat aku melalut panjang-panjang.Apa-apa pun selamat membaca.Hope u all enjoy k ?

Have a nice day

Assalamualaikum. :D






SilkyGirl Magic Pink Lip Balm Pilihanku


Silkygirl Magic Pink Lip Balm
                                                   
Assalamualaikum pembaca semua....

Hari ni na share sikit tentang silkygirl magic pink ni.Korang penah try tak lip balm ni ? Best! Berangin jew rasa.Lagi satu,warna dy ikut warna darah bibir kita.

Sebab apa aku pilih lip balm ni..

Sebabnye lip balm ni melembabkan bibir aku selama 6 JAM! Diperkaya dengan agen anti-oksida Vitamin E untuk melindungi bibir.

Dirumus khas dengan :

Minyak Jojoba : Ekstrak tumbuhan semulajadi untuk melembapkan dan melicinkan bibir.

Minyak Shae Butter : Membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan bibir.

Minyak Biji Macamadia Ternifolia : Berfungsi untuk melembutkan dan melincinkan bibir.


Aku penah la pakai pg sekolah ritu,then ada cikgu tanya aku pakai lipstik ke ? Aku terkejut la.Aku takkan sesekali pakai lipstik.Urghhh~ Tak suka sebab rasa semacam.

Kalau pakai lip balm ni rasa cam fresh jew bibir kita.Serius ! Kalau tak caya korang try la beli.Harga pasaran tak silap Rm9.90 je.Tapi aku suka beli kat satu shop ni.Murah je dia jual just Rm7.90.Kurang Rm2 je.Hehehe ^_^

Aku kalau pergi mana-mana aku akan pastikan aku bawak lip balm ni.Yew la.Wajib ada dalam handbag korang taw girls!Wajib ~

Lip balm ni korang boleh beli kat Watson ke,Guardian ke tempat alat-alat solek.Mesti ada punya la...Huhuiii ~

Selamat membeli dan selamat mencuba ~ (sambil kenyit mata >_^)

Salah satu perisa Lip Balm Silkygirl (Cherry)










Playboy Itu Suami Aku

                                                         بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..

Amboi..nampak je tajuk tu terus klik eh ? Mesti tengok kan cite ni ? Peminat setia PISA (Playboy itu suami aku) mcm aku  ~ Huihui ~

Sweet kan ? :)


Aku pun tengok juga cite ni.Mula2 tak layan pun.Story sebelum ni pun aku bukan layan sangat pun.'Love You Mr.Arrogant' pun aku layan episod first and akhir je.Nampak tak aku tak layan kat situ ? Hahaha

Entah napa aku layan pulak cite ni.Siap usaha pergi naik ipoh sebab kat tempat aku ni tak ada pun kedai Popular.Kedai buku ? Of course la ada tapi novel2 ni jarang la ada.Akhirnya dapat jugak aku beli buku tu sebab apa? Perasaan aku membuak2 nak tahu layan cerita dia macam mana. (Nampak tak aku suka giler2 cite tu ? ) Tambah2 pelakon dia lagi double tripple aku suka.Lagu dia pun best giler sampai aku buat lagu blog aku... Hahaha (^_^) (y)

Encik Mimpi 


Novel 'PISA' ni tak mahal pun.Just Rm24 je walaupun nampak tebal kan ? Tapi kalau korang beli kat popular ada rebate 20% sekarang.Jadi nt korang akan dapat dalam RM19.20 la xsilap aku.Murah kan ?Aku rasa novel 'Sebenarnya,Saya Isteri Dia' lagi tebal kot dan lagi mahal RM30 -,-



Bila dah baca novel tu............

Aku lagi-lagi tak sabar pulak nak tengok cerita dia.Yela,kalau baca kita cuma guna imaginasi je.Kalau tengok depan-depan mata lagi best kan ?Setuju ke dok ?

Oleh itu pembaca semua,(gaya macam tulis karangan je -,-)




Moh la kite layan cerita cerita tu.Setiap Isnin-Khamis pukul 7 malam until 8 malam.Sebelum layan cite tu korang solat la maghrib dulu.Iklan tb3 kan lama? Kan ? Opah aku la selalu pesan sekarang ni maghrib awal,isyak lagi la awal nt.Tengok tu tengok jugak.Jangan sampai lupa solat k ?

Selamat membaca ~

Have fun ~

Fenomena Memutihkan Kulit,Apakah Kesannya?

                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca yang kiut miut...


Korang tahu tak?Golongan belia Asia pada hari ini majoritinya memiliki kulit sawo matang.Tetapi mereka lebih obses kepada kulit yang putih + gebu gitu...betui tak ?Tapi cuba korang tengok orang yang duduk kat Eropah.Mereka kulit putih kan ? Tapi sanggup berjemur di tengah panas untuk menggelapkan kulit kerana itu definisi cantik untuk mereka la.Tapi kita remaja sekarang definis untuk putih.Ahaks~

Jom kita terjah bagi sesiapa yang nak obses sangat putih dan sanggup beli produk kecantikkan yang membahayakan kulit.

1.Hydroguinone

Apakah bendanya ni ? Okey.Aku nak cerita.Bahan ni memang terkenal la dalam setiap produk pemutihan muka.Bahan ni 'bekerja' untuk mambantu menghilangkan pigmen gelap dalam kulit dan memutihkan wajah korang dalam jangka masa yang sangat singkat jika digunakan setiap hari.

Hati-hati jika kesan pemutihan hanya dalam masa seminggu atau dua minggu.Memang wajah korang akan meletup cun macam emma maembong.TAPI! kesan jangka panjang akan memudaratkan korang.Kulit korang akan terasa panas atau gatal yang berpanjangan.

Jika korang berhenti memakai produk ini serta-merta kulit korang akan bermasalah kerana timbulnya noda hitam yang tidak diingini.Jadi,berhati-hati semasa memilih produk. :)


2.Merkuri 

Oh my!Aku pun tak tahu benda ni apa.Macam nama logam kan?Yes! Memang bahan kimia ni berasal dari logam.Mak aihhh!Bahan logam ni kebiasaannya dicampurkan bersama produk pemutihan kerana mampu menyerap ke dalam kulit lebih cepat.

Selalunya,produk kecantikan yang mengandungi merkuri ni berbau wangi bagi menutup bau logam.Kesan jangka pendek,wajah memang cantik la.Putih,jerawat hilang,liang pori nampak lebih kecil dan wajah nampak lebih halus dan mulus.

Jika berhenti wajah korang akan timbul bintik-bintik hitam di seluruh wajah.Korang nak ke muka macam tu.Lepas ni,patut cek ingredients dulu.Huhu


3.Steroid

Steroid ni pun diorang letak dalam produk kecantikan.Ia lebih dikenali sebagai hidrokortison yang biasanya digunakan untuk mengubati penyakit kulit yang serius.

Tetapi,untuk dapatkan kesan yang lebih cepat,produk ni dicampurkan tanpa rasa tanggungjawab dan dijual kepada umum.Kebergantungan bahan ni memang tidak elok kerana lama-kelamaan akan timbul rasa kegatalan pada wajah dan menimbulkan rasa ketidakselesaan yang berpanjangan.


4.Vitamin C

Memang vitamin C ni baik untuk kesihatan.Tetapi ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengambil suntikan vitamin C pada wajah.

Suntikan vitamin C ni berkesan menimbulkan warna kulit yang sekata dan sihat.Ia mencerahkan kulit kepada warna normal iaitu mengembalikan semula warna yang asal,bukannya memutihkan wajah.

Majoriti mengambil suntikan ini dengan harapan memiliki wajah putih berseri seperti bintang ala Korea.Pengambilan vitamin yang berlebihan akan menyebabkan sampingan kegatalan dan alahan yang jika terlalu teruk akan menyebabkan kematian.Elakkan perkara ini berlaku kat diri korang k ?


Okey la my dear pembaca.Harap ini bermanfaat untuk korang dan untuk diri aku jugak :)

Have Fun  :)





Jadilah Teman Bicara Yang Menyenangkan ~

                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca semua.

Hari ni aku nak share dengan korang tentang tips untuk jadi sahabat yang best untuk kengkawan dia.Haaaa....Korang mesti nak tahu kan ? Nak tahu ke tak ?

Okey ! Nak jadi kawan yang happy go lucky ni agak sukar la jugak kan ? Apatah lagi dengan orang yang kita baru kenal.Betul tak ? Ada malu-malu sikit kan ? Tapi kadang2 aku pelik gak tengok adik aku (laki) bila jumpa je orang yang diorang baru kenal mesti nampak macam dah lama kenal.Grrrrr ~ muncul kecemburuan kat situ..Hahaha.Just kidding :)

Okey sekarang aku nak share tips dengan korang sikit.

1.Jangan bincang benda yang tak penting (Alert!)

Kadangkala dalam satu perbincangan,korang mesti ada nak tanya hal-hal yang peribadi sikit kan ? Betul tak ?Walaupun korang rasa benda tu tak penting.Tapi kawan korang masih cakap pasal hal-hal yang remeh untuk dibincangkan.Ingat!Jangan sesekali korang tukat topik.

2.Jangan bertanya soalan yang lain jika soalan yang sebelumnya masih belum berjawab.

Jika korang bertanya tentang salah satu sisi kehidupan dari lawan bicara,maka jangan sesekali mengubah persoalan kepada topik perbicaraan lain mengenai diri korang sebelum hal tadi terjawab.Kalau korang buat camtu nampak sangat korang tu macam ego sikit.Sikit jew la!

3.Perbincangan harus ada dalam keadaan harmoni :)

Macam mana tuh ? Macam ni sayang sekalian.Perhatikan keadaan sekitar.Kadang-kadang suasana sekitar korang tidak sesuai dengan topik yang korang nak bincangkan.Contoh la korang kat kedai makan kan.Tak kan korang nak cakap topik pasal taman pulak?Pasal stadium ke apa ke kan? Haaaa...camtu la.

4.Jadilah pendengar yang baik dan setia.

Kalau korang menjadi pendengar yang baik dan bincangkan topik yang sesuai dan serasi dengan diri korang dan juga kawan korang k?Jangan bincangkan something yang sensitif.Yang boleh buat kawan korang terasa.



Hope tips ni dapat membantu.
Have fun :)