WANNA BE STRONGEST GIRL


                                                        بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ni.Maaf sebab dah lama sesangat tak update blog ni.Rindu gila kot nak buat entry tapi idea tu tak ada,. Hewhew ~

Sebenarnya,Tiqah busy merancang masa depan Tiqah.Sedih gila kot sebab tak dapat sambung belajar walaupun dah buat rayuan.Tak ada rezeki maybe.Tapi Tiqah jeles gilo kat kengkawan yang dapat sambung belajar.Tiqah ada juga rancang nak sambung je belajar kat IPTS tapi memandangkan IPTS ni bayaran dia sesangat la mahal dan Tiqah tak nak susahkan family Tiqah.Lagipun,adik Tiqah sekarang belajar kat Poli pun kena guna banyak duit.Jadi Tiqah amik kesempatan ni untuk belajar kemahiran dan kerja.

Mama dengan ayah,tokwan dan opah banyak bagi semangat kat Tiqah.Lagi-lagi bila Tiqah tengah down gile-gile opah dan tokwan yang banyak bagi kata-kata semangat.Sepupu sepapat sepipit semua bagi kata-kata semangat.Serius,terharu ! :')

Buat masa sekarang Tiqah nak apply kat Giat Mara.Belajar menjahit dan angan-angan untuk jadi pereka fesyen tu ada.InshaAllah.Doakan ye kengkawan semua !

Bila Allah bagi ujian macam ni,baru Tiqah tahu Allah dah rancang yang terbaik untuk diri kita.Tak semestinya pelajar yang tak ada sambung belajar kat IPTA ni tak pandai.Cuma rezeki tak menyebelahi kami.

Cuma,Tiqah nak minta kengkawan doakan Tiqah supaya rancangan masa depan Tiqah ni berjalan lancar.InshaAllah.Doakan taw kengkawan dan pembaca semua!



Thanks for reading semua ! :)



No comments: