BUFET RAMADHAN DI SYUEN HOTEL IPOH


                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua *sambil lap habuk !

Berkurun lamanya tak terjah blog dan update new entry kat blog pink blue ni.Apa-apa pun Tiqah nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat pembaca blog Tiqah.

Baru-baru ni Tiqah ada ikut family pakcik Tiqah ke Ipoh.Biasa la duduk kat Gerik pun bosan jugak sebab minda ni tak terbuka sangat asyik tengok pekan Gerik tu je.Mata ni pun da bosan tahap kritikal sampai kadang-kadang tu ada jugak bawa kereta makcik keluar merayau kat satu tempat yang Tiqah tak pernah tahu wujud kat Gerik ni.Sedih kan ? Hahaha

Disebabkan pakcik Tiqah ajak Tiqah ikut dan satu sebab lain anak-anak dia sangat-sangat rapat dengan Tiqah especially yang nombor dua tu.Hari-hari nak tidur dengan Tiqah je.Jadi Tiqah ikut diorang pergi Ipoh.Lepas ronda-ronda and excercise kaki Tiqah yang comel ni kat Mydin( Mall feveret Tiqah) dengan Tesco yang Tiqah tak pernah jejak pun kat Ipoh tu(akhirnya jejak jugak) kitaorang pergi solat dulu at Masjid Negara sebelum pergi ke Syuen Hotel untuk berbuka.

Syuen Hotel ni memang ada buat Bufet Ramadhan walaupun hotel ni nama macam cina tapi jangan risau sebab Chef diorang semuanya Islam.Makanan yang disediakan pun semuanya halal.Tak silap Tiqah Bufet Ramadhan kat Syuen Hotel ni tak mahal.

Dewasa :RM33 (seorang)
Kanak-kanak : RM20 (5-12 tahun)


Juadah berbuka (Banyak kan ?)


Lamb Chop (Feveret Tiqah)

Lauk lebih banyak dari nasi sebenarnya .
                                    (Sorry,kamera tak berapa nak clear sebab pakai fon murah je)

Banyak kan ? Yang tu baru permulaan.Kalau sesiapa yang berminat nak berbuka puasa kat luar ni Tiqah sangat-sangat syorkan Syuen Hotel ni.Memang tak akan rugi kalau berbuka kat sini.Tempat selesa lepas tu makanan pun banyak.Korang boleh makan sampai korang nak pengsan pun boleh.

Jadi sesiapa yang nak berbuka kat luar boleh contact Syuen Hotel ni.Tetapi korang kena tempah table dulu.Kalau tak tempah tak boleh berbuka la kat sini.Sebab kat Syuen Hotel ni selalu penuh.Memang ramai sangat-sangat orang yang berbuka kat sini.Lagi satu,kat Syuen Hotel ni diorang dah sediakan surau untuk kita solat.Jadi tak payah risau kalau nak pergi cari surau ke apa.Boleh solat terus kat situ bagi yang duduk kat area Ipoh la.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua !

Thanks for reading ! :)


2 comments:

Iola said...

Wah sedapnya... harga pn berpatutan :)

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html

Atiqah Zayana said...

Mmg sedap sgt ! Blh pilih2'.. Mkn la lama mana pun x apa .. Hehe :)
Lola patut try pergi berbuka kt sana :)