First Time Jejak Kaki Di Sushi King ~


                                                           
                                                            بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum....

Sejujurnya aku cakap,aku tak pernah jejak kaki kat Sushi King ni.Ye la.Tengok kedai pun macam mahal. Jadi aku lebih suka beli yang murah-murah macam kat JayaJusco,Ipoh kalau jejak kaki kat ipoh la.Itu pun jarang-jarang la.Sebab nak jimat duit untuk barang yang lebih diperlukan. Huihuiii~

Tiba-tiba kazen aku ajak aku jejak kaki jadi aku pun dengan rela hati masuk.Hehehe

Sebab nak jumpa lain kali memang payah dah.Semuanya pakat sibuk dengan study masing-masing.Seorang kat Shah Alam,seorang kat Melaka.Aku pulak kat Perak.Haaa...Jauhkan?Masing-masing cuti lain-lain.Jadi aku pun ajak sepupu aku ni jalan-jalan kat Amanjaya Mall,Kedah.Actually,rumah kat Kedah tu rumah kazen aku lagi seorang.Yang sekarang study kat Shah Alam.

Memang hangout giler-giler.Karaoke sampai 21 lagu (RM 38.00).Tak la mahal.Share duit ramai-ramai.Macam-macam lagu kitaorang nyanyi.Dari lagu Melayu,English sampai la lagu Korea.Haaa...Pakat merapu duk menyanyi lagu Korea.Memang best!

Then,baru la jejak kaki kat Sushi King.Tak ada la mahal mana pun.Tapi harga boleh tahan la.Ye la,makanan Jepun kan ? Jadi memang mahal sikit.Yang penting sedap!Aku share gambar yang aku makan la eh.Kot-kot boleh jadi panduan untuk korang yang nak mencuba macam aku ni haaa ~

At Sushi King ada macam meja yang bergerak taw
Korang boleh pilih makanan apa yang korang nak makan or nak rasa
Harga ikot warna pinggan.Pandai-pandai la korang pilih okey?
(Ihsan dari Goggle)


Golden Ball
RM4.00

Chopstick Sushi King.Cuci mata kejap
(Macam tak ada kerja kan? )
Hahaha


Blackcurrant Yogurt!
RM 4.90
Sedap giler! You should try !

Mixed Bento 
RM 13.90

Sampai sini jew la entry aku.Hope dapat membantu korang yang nak mencuba masuk ke Sushi King macam aku ni haaaa....


Thanks for reading !

SAYONARA !!!!

4 comments:

Amir Khalis said...

biasanya saya beli sushi jusco je :)

Atiqah Zayana said...

Ade ke ???? Xthu pulak ada :))

Anis Aisyah said...

sushi king harga mmg mhl tapi memuaskan! pergi sana pon masa ade duit je la. klu xde, tgok org mkn pun boleee xD

Atiqah Zayana said...

Hahhaah...thu xpe..kalau teringin sgt msuk je.ambil yg harga murah2..hehehh XD