Adakah Dia Tahu ??


                                                          بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..

" Dia awek yang paling beruntung antara semua awek-awek saya"
"Dulu,susah senang kami sama-sama"
"Dia cantik,putih gile" *gelak kecil

Apa perasaan korang kalau pasangan korang cakap and puji perempuan masa korang tengah on call ?

Aku yang dengar terdiam.Tanpa sedar suara aku mula menggeletar , air mata aku mula menitis tapi aku cover.Aku buat macam biasa.Tak sedar ke dia tengah cakap dengan siapa sekarang ni ? Tak kan dia tak faham perasaan aku ? Boleh pula puji perempuan lain. Macam mintak kick je dia ni.Urghh~

Aku mula tukar topik.Aku tanya dia, dia mengantok dah ke.Dia mula kata dia mengantok.Pastu tanpa fikir panjang aku suruh dia tidur.Tak kan na paksa orang mengantok sembang dengan kita kan ? Lepas je dia letak telefon terus aku nangis tanpa aku sedar.Menggeletar terus tangan aku.Sejuk.

Esok tu,aku pergi jogging dengan kawan sekolah lama aku.Kitaorang share2 story.Aku cerita la kat dia apa yang berlaku semalam.

"Kenapa kau tak terus terang je ? Kenapa kau simpan dalam hati ? Dia patut tahu,"
Aku terdiam bila dia kata macam tu.Pastu aku mula terfikir nak bagitahu.Ya! Aku mesti bagitahu dia apa yang aku rasa.

Malam tu,aku kol dia.Niat di hati nak bagitahu tapi tak lepas.Bila aku dengar suara dia terus aku tak jadi nak bagitahu.Bila aku nak bagitahu,air mata aku menitik,suara aku jadi serak tapi aku cuba tahan.Aku sembang dengan dia macam biasa.

Lama jugak aku fikir nak bagitahu dia atau tak.Sampai pukul 3 pagi aku fikir.Last2 aku decide nak bagitahu dia apa yang aku rasa.Aku hantar mesej kat dia.Aku tahu dia dah tidur.Aku harap sangat dia baca bila dia bangun tidur nanti.

Esok tu,sampai ke petang aku tunggu mesej dia.Tak juga hantar.Nak kol tapi ego aku menghalang.Bila fikir balik sampai bila aku nak ego macam ni ? Last2 aku kol dia,tanya khabar dia.Aku buat macam biasa.Dia pun sama.Dia tak sentuh pun pasal mesej tu.Niat hati aku nak tanya tapi aku sabarkan hati aku.Aku nak dia yang mula dulu.

"Awak okey tak ?"
"Hah ? Emm..Okey je" *gelak kecil

Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu.Sakitnya. T_T



Malam ni,aku hantar mesej suruh dia online.Lama juga aku tunggu tapi dia tak online pun.Nak dekat sejam lebih aku tunggu dia online.Dalam pukul 10 lebih aku call dia.Dia kata dia keluar,dalam otw nak balik.Nak sampai rumah dah pun.Sekarang dah pukul 11.31 malam.Dah dua jam aku tunggu dia.Masih menunggu dan terus menunggu orang yang aku pasti dia tidak akan tiba.

Kenapa dia masih tak perasan apa yang aku rasa sekarang ni ? Kenapa masih ego ???

Awak tak tahu atau pura-pura buat tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni ???






No comments: