TOKYO LOVE SOAP PREMIUM PENCERAH KULIT SECARA SEMULAJADI


                                                   بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah yang ni adalah entry ketiga untuk bulan ni.Sebab diri ni tak berapa nak sibuk sangat,Selalu jugak menghadap lappy 24 hours! Tapi tak ada update apa-apa pun.HAHA !

Baru-baru ni Tiqah jadi agen Secret Whisper Shop untuk satu jenis sabun yang sangat-sangat famous sekarang ni.Jadi Tiqah nak share skit dengan pembaca tentang sabun ni.

Tiqah nak share sikit dengan korang tentang TOKYO LOVE SOAP!Mesti ada yang tak tahu dengan kewujudan sabun ni kan ? TOKYO LOVE SOAP ni dari Jepun tao! Orang Jepun ramai guna sabun ni sebab tu orang Jepun lawa-lawa.Muka nampak flawess gitu ! Sabun ni pun tahan berbulan-bulan tao ! Memang tak merugikan kalau korang beli.Sabun ni pun boleh digunakan pada badan kalau nak kulit badan nampak putih,cantik dan berseri !

Kat sini Tiqah nak share dengan korang apa kebaikan sabun TOKYO LOVE SOAP ni !

Jom terjah !


  • Micropeeling untuk memastikan kulit lebih putih dan berseri 
  • Meningkatkan epiderma
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah
  • Kolagen yang kompleks untuk mengebukan kulit muka
  • Plasenta Rejuvinates Extract untuk menjana semula sel-sel kulit 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan parut di wajah 
  • Merawat dan mencegah parut dan penuaan 
  • Manfaat pelembab yang berpanjangan
  • Bahan-bahan anti-bakteria yang semulajadi
  • Bahan organik perlindungan matahari
  • Pemutih kulit semulajadi dan organik
  • Mencerahkan kulit seawal penggunaan pertama !
  • Membuat liang pori lebih kecil
  • Melembut dan mengecilka  kulit muka
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan !

Banyak lagi tao function TOKYO LOVE SOAP ni okey!

Tokyo Love Soap is 100% Vegan tao ! Free from any animal ingredients . Jadi, sabun ni selamat untuk digunakan okey !

Dah terlajak cerita semua Tiqah nak tunjuk pula testimoni yang dah try sabun ni !






Macam mana ? Jeles tak tengok ramai yang cuba semuanya sekarang kulit dah lawa-lawa.Nampak gebu kan ? 

HARGA ? 

WHATSAPP TIQAH K :D

Kalau berminat boleh whatsapp Tiqah tao sebab kami hanya akan pos pada hari Rabu/Khamis je !

Jangan lupa Whatsapp kalau nak kulit cantik !

0174486162 !







NANO WHITE MAKE YOUR SKIN MORE BEAUTIFUL ~


                                                            بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua...

Ini adalah entry pertama untuk bulan ni.Pasal Nano White lagi. Hewhew ~
Harap pembaca tak bosan dengan entry Tiqah yang buat kedua kalinya tentang Nano White !

Okey,hari ni Tiqah nak share sikit je la.Tak banyak pun tentang Nano White ni.Alhamdulillah dah guna hampir sebulan dah.Syukur ! Result dia memang okey.Kulit muka pun dah tak berjerawat teruk macam dulu.Dulu jerawat banyak gila naik,tambah-tambah kalau nak datang period.Mak aihhh ! Banyak gila geng diorang bawak.Sekarang kalau period pun ada dalam 2 hingga  5 je jerawat.Tapi yang tu pun cepat kecut.Hehehe

Ada seorang kakak tu tanya Tiqah pakai apa sebab dia kata muka tak nampak berminyak and sekata je warna kulit muka.Tiqah kata la pakai Nano White terus dia kata nak cuba.Mak dengan makcik Tiqah pun sekarang tengah try pakai Nano White.Nak lawan Tiqah katanya.Jeles ! Hahaha

Kat sini Tiqah nak share sikit Nano White yang Tiqah guna :


Satu set Nano White yang Tiqah guna :)

Pencuci muka :
Microfoliating Clay Cleanser
Untuk pencuci muka Tiqah guna yang ni.Yang ni sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan berminyak macam Tiqah.Bagi kulit muka yang kering better guna Snow Wash taw.Sebab pencuci clay ni dia membuka liang-liang pori untuk membuang minyak yang berlebihan dalam kulit muka.Bila pakai rasa puas gila ! Pernah la dalam satu kali mandi , 2 kali Tiqah pakai kat muka.Tu yang cepat nak habis tu. Hehe


Cleansing milk & Toner :



Clarifying Cleansing Milk & Refining Treatment toner

Clarifying Cleansing Milk ni kegunaan dia untuk cuci mekap yang kita pakai seharian.Sebelum cuci muka pakai Cleansing Milk ni dulu pastu cuci guna kapas biar mekap-mekap yang kita pakai tu hilang.Pastu baru bilas dengan air.Bila dah bilas kulit muka rasa lembut je.Hewhewww ~ Suka sangat bila guna Cleansing milk ni >,<

Refining Treatment Toner ni pulak kita pakai selepas cuci muka.Fungsi toner ni untuk tutup liang pori kat muka kita.Toner ni Tiqah selalu pakai lepas mandi siang dan malam.Sebab bila bangun pagi muka rasa fresh sangat.Tak nampak berminyak !


Sunblock / BB Cream :

Omega Day Shield SPF 50 PA++

Yang ni sunblock yang Tiqah guna.Sunblock ni macam BB Cream la jugak sebab day shield kan.Tiqah dah guna seminggu dah.Alhamdulillah tak berminyak dan suka sangat guna.Kalau dulu pakai BB Cream tak sampai sejam berminyak muka.Yang ni kalau sejam lebih pun muka still steady je.Tak berminyak.Best sangat-sangat guna.Kalau nak pakai camtu je pun boleh.Tapi Tiqah lebih suka pakai Omega Day Shield ni pastu pakai bedak sebab dah terbiasa.Hehehe



Harap korang yang teringin nak cuba Nano White tu harap info ni berguna.Nano White memang best sangat-sangat guna tao !

Jerawat pun dah kurang.Warna kulit dah sekata.Alhamdulillah.
Thanks to Nano White :D

                                                          
                                                       Thanks for reading ! Enjoy ~







NANO WHITE


                                                              بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ni post pertama untuk bulan Oktober ni.Hewheww...

Agak sibuk dengan kelas menjahit dan kerja sampai tak ada masa untuk buat entry baru.Bulan lepas pun ada tiga je kalau tak busy sampai berbelas entry sampai tak tahu nak buat entry apa dah.Lepas tu mula la buat entry merapu bila baca balik entry merapu yang dulu-dulu..Allah ~~ Serius malu ! HAHA

Hari ni Tiqah nak share sikit tentang NANO WHITE.Ada tak sape-sape pemakai NANO WHITE kat sini ? Angkat tangan ! Yeahhh ! Kite geng ~~ (^_^)

Sebenarnya Tiqah dah lama nak try NANO WHITE ni tapi NANO WHITE ni agak mahal sikit dari produk-produk yang lain.Dulu Tiqah pengguna setia SAFI dan GARNIER tapi sekarang dah tak guna SAFI dah.Tapi GARNIER tu still lagi guna krim dengan BB cream sebab sesuai dengan kulit muka.

Tiqah dah guna NANO WHITE ni hampir 3 minggu dah.Disebabkan kulit muka Tiqah ni jenis yang sangat-sangat mengada sensitifnye Tiqah tanya akak promoter NANO WHITE tu yang mana sesuai dengan kulit muka Tiqah ni.Nama pun promoter kan mesti la promote yang baik-baik untuk produk dy.Kalau nak beli NANO WHITE ni Tiqah syorkan beli la kat MYDIN taw ! Sebab Tiqah jenis yang suka survive dulu.Antara banyak-banyak tempat yang Tiqah pergi seperti Watsons dan The Store teramat la mahal gilo.Jadi kalo korang jenis nak save duit beli la kat MYDIN.Kalau korang jenis yang kaya raya,duit bertimbun beli la kat Watsons atau tempat-tempat lain.Huhu

Tiqah try ambil Microfoliating clay cleanser (pencuci muka) sebab jenis kulit muka Tiqah ni jenis liang pori terbuka luas gituuuu jadi function pencuci muka ni untuk membersihkan kekotoran yang terperangkap dalam pori-pori kat muka kita ni.Lepastu,meratakan bintik-bintik yang tak sekata kat muka ni haaa ~

Tiqah jugak ambil Refining treatment toner.Toner ni function dy untuk mengetatkan dan mengecilkan pori-pori kat muka kita ni.Ia juga menanggalkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit sebab kulit muka kita ni kan cepat berminyak dan cepat kering.Tiqah pakai toner ni setiap kali lepas mandi.Serius rasa segar je muka.Ada kawan-kawan tegur muka dah kurang berminyak and nampak freshh ! Serius best gilooo :D

Bila pakai rasa segar je muka.Best sangat uolss :)



Yang ni lepas 3 minggu pakai.Bintik hitam dah pudar dah.Muka pun kurang berminyak
kalo pakai BB Cream :3

Ni gambar saje mengedik dengan kengkawan keje.Hahaha.


                                              Thanks for reading.Harap tak bosan yooo !

DEAR FUTURE !


                                                                بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua :)

Tiba-tiba malam-malam ni timbul something kat kepala otak Tiqah untuk buat entry kat blog ni.Actually Tiqah tak boleh nak tido sebab fikirkan masa depan Tiqah.Memang la Tiqah baru 20 tahun.Tapi tahun depan dah 21.Usia semakin bertambah.Takutnya ~

Tapi kawan sekeliling banyak bagi kata-kata positif kat Tiqah.Maybe untuk motivasikan diri mereka sendiri dan diri Tiqah jugak.Yela,Tiqah ni kalau down otak ni akan pikir negatif 24 hours !

Selepas mengeledah Mr.Goggle,Tiqah jumpa kata-kata semangat yang boleh membuatkan kita memandang ke hadapan tanpa pandang belakang lagi dah.

Mama Tiqah ada cakap  " Jangan peduli apa orang cakap tentang kita.Rezeki kita bukan kat tangan mereka.Rezeki kita Allah yang tentukan.Jangan ingat dah yang lalu.Sekarang ni rancang masa depan kita sendiri,"









Bila kita rasa kita nak jadi sesuatu tu,berusaha untuk capai cita-cita tu ! 

Itu yang Tiqah cuba buat sekarang .

Banyakkan berdoa padaNYA.

Opah Tiqah pernah cakap " Bila kita berdoa,kita kena jadi tamak.Sebab Allah tu Dia akan kabulkan setiap permintaan hambaNYA "






 Semoga cita-cita kita semua tercapai

InshaAllah 

Doakan ye :D

Thanks for reading my celoteh malam ni XD
(betul ke macam tu ? *wondering -_- )









WANNA BE STRONGEST GIRL


                                                        بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah ni.Maaf sebab dah lama sesangat tak update blog ni.Rindu gila kot nak buat entry tapi idea tu tak ada,. Hewhew ~

Sebenarnya,Tiqah busy merancang masa depan Tiqah.Sedih gila kot sebab tak dapat sambung belajar walaupun dah buat rayuan.Tak ada rezeki maybe.Tapi Tiqah jeles gilo kat kengkawan yang dapat sambung belajar.Tiqah ada juga rancang nak sambung je belajar kat IPTS tapi memandangkan IPTS ni bayaran dia sesangat la mahal dan Tiqah tak nak susahkan family Tiqah.Lagipun,adik Tiqah sekarang belajar kat Poli pun kena guna banyak duit.Jadi Tiqah amik kesempatan ni untuk belajar kemahiran dan kerja.

Mama dengan ayah,tokwan dan opah banyak bagi semangat kat Tiqah.Lagi-lagi bila Tiqah tengah down gile-gile opah dan tokwan yang banyak bagi kata-kata semangat.Sepupu sepapat sepipit semua bagi kata-kata semangat.Serius,terharu ! :')

Buat masa sekarang Tiqah nak apply kat Giat Mara.Belajar menjahit dan angan-angan untuk jadi pereka fesyen tu ada.InshaAllah.Doakan ye kengkawan semua !

Bila Allah bagi ujian macam ni,baru Tiqah tahu Allah dah rancang yang terbaik untuk diri kita.Tak semestinya pelajar yang tak ada sambung belajar kat IPTA ni tak pandai.Cuma rezeki tak menyebelahi kami.

Cuma,Tiqah nak minta kengkawan doakan Tiqah supaya rancangan masa depan Tiqah ni berjalan lancar.InshaAllah.Doakan taw kengkawan dan pembaca semua!



Thanks for reading semua ! :)



DEBARAN KIAN TERASA !


                                                               بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua !

Sorry sebab dah lama update entry kat blog ni.Bukan apa,followers pun sikit lagipun blog Tiqah ni bukan ramai sangat nak baca pun.Gila sedih ! Huhuu ~

Bagi yang sudi baca blog Tiqah ni,thanks sesangat ! Terharu sebab ada jugak la yang sudi baca blog yang tak seberapa ni.Terus terang Tiqah cakap masa tengah menaip ni dada berdupdap sokmo! Sebab apa ? Esok UPU KELUAR !

Ya Allah,serius rasa berdebar gila.Yela,Tiqah ni bukan pandai sangat pun.Pointer tu cukup-cukup makan walaupun dah sehabis boleh Tiqah buat.Tiqah cuma risau sebab Tiqah ni anak sulung,kena bagi contonh kat adik-adik bawah Tiqah yang Tiqah ni boleh berjaya.Macam kakak-kakak yang lain.Tiqah nak sangat family Tiqah happy dengan keputusan Tiqah esok.

Keluarga Tiqah selalu bagi sokongan bila Tiqah hampir putus asa terutama sekali opah Tiqah ! Dia selalu bagi sokongan kat Tiqah walaupun kadang-kadang dia ada perli sikit-sikit sebab sepupu Tiqah yang lain semua dah masuk U.Siap ada yang nak fly ke oversea next year! Serius jeles ! Tapi Tiqah tahu dia nak bagi semangat kat Tiqah.Thanks Opah ! ^_^

Kawan-kawan pun banyak menolong Tiqah.Alhamdulillah masa Form 6 kat sekolah dulu,satu kelas sangat-sangat la superb! Saling membantu antara satu sama lain.Susah senang semuanya bersama.Alhamdulillah.Teringat masa semester 3,pakat kelam kabut nak stayback sebab semester tu,semester akhir.Alhamdulillah semuanya  berjalan lancar !

Bagi kengkawan blog yang baca blog Tiqah,doakan Tiqah dan kengkawan Tiqah yang lain berjaya ke menara gading taw ! Bagi kengkawan blog yang ambil STPM tahun lepas,Good Luck ! Insha-Allah,kejayaan itu milik kita bersama ! 



                                           
                                                         Thanks for reading sayangs ! :)

Lagu Kegemaran


                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Beberapa bulan lepas masa Tiqah kerja kantin ada one guy ni dia suka nyanyi lagu yang Tiqah tak pernah dengar.Disebabkan Tiqah bukan jenis layan band Indonesia jadi Tiqah tak ambil tahu sangat.Oneday tu,member kantin Tiqah nyanyi satu lagu ni.Mula-mula dengar Chorus je.Suara dia pun not bad,boleh tahan.

Jadi suatu hari tu,Tiqah mintak kat dia nyanyi lagu tu sambil main gitar.Best sangat-sangat lagu tu.Sekarang ni pun Tiqah akan bukak lagu tu sebab lagu tu so meaningful sangat-sangat.Kalau nak dengar lagu dia macam mana boleh search at Youtube taw ! Tiqah just nak share lirik je :)


D'MEISES - Dengarlah Bintang Hatiku ~

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepati 
Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Dengarlah bintang hatiku 
Aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku 
Hanya kaulah yang ku tuju 

Dan teringat janjiku padamu 
Suatu hari pasti akan tepat 

Reff: 
Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu 
Semampuku dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu 
Dan ku takkan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Karena bagiku…. 
Engkaulah nyawaku…





PEMUDA SYURGA


                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua pembaca !

Baru-baru ni kecoh kat laman sosial tentang seorang pemuda yang telah syahid di Syria.Masya-Allah masa mula-mula Tiqah tengok macam tak percaya sebab muka dia ala-ala Korea.Handsome sangat!Jadi Tiqah pun Goggle dan cari siapakah mujahidin yang telah syahid di Syria baru-baru ni.Sebab Tiqah nak tahu tentang beliau dengan lebih lanjut.

Setelah puas bertanya Mr.Goggle jumpa jugak tentang mujahidin ni.Nama beliau ialah Khurayra Al-Kazakh.Berasal dari Kazakhstan dan baru sahaja berumur 19 tahun.Walaupun usia beliau masih muda tetapi jiwa beliau tidak seperti pemuda-pemuda yang lain.Beliau memilih untuk berjihad di jalan Allah.
Masya-Allah !

Dari hari pertama di medan jihad, dia sudah merasa sesuai dengan kumpulannya dan beliau sangat aktif melayani kawan mujahidin yang lain. Jika ada yang memerlukan pertolongan, dia selalu ada di sana untuk membantu. Beliau juga memiliki pembawaan yang sangat menarik.


Melihat kelakuannya dan mendengarnya berbicara, sangat payah untuk membayangkan bahwa kamu boleh berdebat dengannya. Dengan pembawaan yang riang dan lucu, dia selalu bersedia berbicara dan berbincang dengan teman-temannya, tanpa menyakiti perasaan teman-temannya.

Beliau juga seorang yang rendah diri.Pada suatu hari seorang mujahidin senior telah memperli dirinya,"Nah sekarang putra Kazakh mari kita membuat nama untukmu.Aku tahu kau mesti inginkan tiga nama ini,Zhumabay (nama tokoh politik Kazakh).Tidak ? Mungkin Tuligen atau Serik?,"
Abu Khurayra hanya menjawab sambil tersenyum,"Tidak.Namaku Abu Khurayra,"




Mari kita sedekah Al-Fatihah untuk pemuda yang berjiwa kental ini.


                                                       
                                                           Thanks for reading semua !

BERBUKA DI RESTORAN NASI LEMAK AYAM KAMPUNG ~


                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua pembaca belog Tiqah...


Baru-baru ni Tiqah berpeluang lagi berbuka puasa di satu tempat yang Tiqah rasa korang patut pergi !
Tempat tu memang Tiqah selalu pergi dengan family pakcik Tiqah tapi time tu tak ada blog jadi tak dapat la na share dengan korang semua.Bila dah ada belog ni semua benda nak share! Muahaha ~~

Okey~ Kita straight to the point (amboi,ayat kelas kau !)Ehem-ehem~ (batuk mengada)

Nama restoran yang Tiqah pergi tu 'RESTORAN NASI LEMAK AYAM KAMPUNG'

Korang eprnah dengar? Sesiapa yang duduk area Ipoh mesti pernah dengar sebab tempat ni dekat dengan Ipoh je.Bagi sesiapa yang belum pernah pergi Tiqah syorkan korang pergi la berbuka kat sini.Memang best dan harga pun berpatutan.

Macam pakcik Tiqah dia ambil set family untuk 4 orang dewasa.Harga ? Sangat-sangat la berpatutan hanya RM105 je. Mahal ? Tak mahal sebab lauk-lauk dia pun banyak and paling best sebab SEDAP!

Tapi sebelum korang nak pergi berbuka kat sini,korang kena call dulu tak pun pergi je kat restoran ni dan jumpa manager dia sebab restoran ni selalu sangat penuh !

Meh sini Tiqah nak share gambar sikit -3-

Ni la Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung !

Nampak tak makanan dia sangat-sangat la banyak !
Macam-macam ada uolsss !

Yang ni bubur manis.Banyak pilihan.Korang boleh pilih yang mana korang suka ! ^_^

Haaa... Yang ni apa yang Tiqah ambil masa berbuka.Banyak lauk dari nasi :3

Jus tembikai termasuk dalam set 

Ni tuan punya blog. Muahaha (muka poyo)

Jadi macam mana? Best kan ? Jadi ajak la family pergi berbuka kat sana.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua !

Thanks for reading :)


THANK YOU GARNIER LIGHT NIGHT CREAM !

  
                                                                 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua !

Hari ni nak story pasal Garnier Light Night Cream !

Sebenarnya Tiqah dah lama guna produk Garnier.Tetapi set yang siang je,yang malam tak pernah pula nak pakai.

Tiba-tiba terdetik nak cuna pakai krim malam sebab nak hilangkan parut-parut jerawat dengan bintik hitam kat muka.Dulu,sebelum pakai Garnier kulit Tiqah agak-agak teruk.

Tapi selepas pakai produk ni,Alhamdulillah kulit Tiqah makin okey.Jerawat pun dah kurang dah.Jadi nak bagi efek cantik sikit Tiqah nak try pulak Garnier Light Night Cream ni.

Seriusly,masa mula-mula pakai esok pagi bangun muka nampak soft je dan kurang berminyak sebab muka Tiqah ni jenis berminyak sikit.

Selama Tiqah pakai ni dia tak mengelupas lagi la.Tak tahu la kalau kulit Tiqah ni tebal macam buaya ke apa ke tapi so far memang tak mengelupas.Serius best !

Struktur krim malam ni ringan dari krim siang.Tapi serius seronok sangat bila muka makin okey dan bintik hitam makin hilang.

Kalau sesiapa yang ada masalah bintik hitam dan bekas jerawat guna produk ni.InsyaAllah okey! So,Good Luck guys !!!

Ehsan Dari Mr.Goggle 

Muka Tiqah makin cerah selepas pakai Garnier Light Night Cream ni !

Bintik jerawat pun dah kurang.Serius best !

(Gambar diatas tu guna kamera biasa je taw)

                                                                Selamat mencuba !

                                                               Thanks for reading :)


BUFET RAMADHAN DI SYUEN HOTEL IPOH


                                                                   بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua *sambil lap habuk !

Berkurun lamanya tak terjah blog dan update new entry kat blog pink blue ni.Apa-apa pun Tiqah nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat pembaca blog Tiqah.

Baru-baru ni Tiqah ada ikut family pakcik Tiqah ke Ipoh.Biasa la duduk kat Gerik pun bosan jugak sebab minda ni tak terbuka sangat asyik tengok pekan Gerik tu je.Mata ni pun da bosan tahap kritikal sampai kadang-kadang tu ada jugak bawa kereta makcik keluar merayau kat satu tempat yang Tiqah tak pernah tahu wujud kat Gerik ni.Sedih kan ? Hahaha

Disebabkan pakcik Tiqah ajak Tiqah ikut dan satu sebab lain anak-anak dia sangat-sangat rapat dengan Tiqah especially yang nombor dua tu.Hari-hari nak tidur dengan Tiqah je.Jadi Tiqah ikut diorang pergi Ipoh.Lepas ronda-ronda and excercise kaki Tiqah yang comel ni kat Mydin( Mall feveret Tiqah) dengan Tesco yang Tiqah tak pernah jejak pun kat Ipoh tu(akhirnya jejak jugak) kitaorang pergi solat dulu at Masjid Negara sebelum pergi ke Syuen Hotel untuk berbuka.

Syuen Hotel ni memang ada buat Bufet Ramadhan walaupun hotel ni nama macam cina tapi jangan risau sebab Chef diorang semuanya Islam.Makanan yang disediakan pun semuanya halal.Tak silap Tiqah Bufet Ramadhan kat Syuen Hotel ni tak mahal.

Dewasa :RM33 (seorang)
Kanak-kanak : RM20 (5-12 tahun)


Juadah berbuka (Banyak kan ?)


Lamb Chop (Feveret Tiqah)

Lauk lebih banyak dari nasi sebenarnya .
                                    (Sorry,kamera tak berapa nak clear sebab pakai fon murah je)

Banyak kan ? Yang tu baru permulaan.Kalau sesiapa yang berminat nak berbuka puasa kat luar ni Tiqah sangat-sangat syorkan Syuen Hotel ni.Memang tak akan rugi kalau berbuka kat sini.Tempat selesa lepas tu makanan pun banyak.Korang boleh makan sampai korang nak pengsan pun boleh.

Jadi sesiapa yang nak berbuka kat luar boleh contact Syuen Hotel ni.Tetapi korang kena tempah table dulu.Kalau tak tempah tak boleh berbuka la kat sini.Sebab kat Syuen Hotel ni selalu penuh.Memang ramai sangat-sangat orang yang berbuka kat sini.Lagi satu,kat Syuen Hotel ni diorang dah sediakan surau untuk kita solat.Jadi tak payah risau kalau nak pergi cari surau ke apa.Boleh solat terus kat situ bagi yang duduk kat area Ipoh la.


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua !

Thanks for reading ! :)


SURPRISE BIRTHDAY !

                         
                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ! Hai semua !

Mesti korang tertanya-tanya Tiqah ni buat surprise bufday sape ? Haaa ! Bukan birthday ehem-ehem taw ! Tapi birthday member yang rapat dengan Tiqah masa Tiqah kerja dulu.

Actually,dia muda dari 2 tahun.Sama dengan adik lelaki Tiqah yang bongsu.Masa mula-mula jumpa dia ni nampak macam sombong gila.Nak tanya nama pun Tiqah tak berani.Last-last Tiqah tanya nama dia kat 'boss' Tiqah.Huihuiii...

Nak dengar dia ni cakap memang payah.Tapi dia memang rajin buat kerja.Kerja dengan diorang (dia dengan kawan dia) cepat sangat-sangat siap.Rasa ringan je keje.Hahaha.Best je sebab dapat balik awal.

Hari ni (13 June) birthday dia.Tiqah tak tahu kalau dia ingat ke tak birthday dia ni.Mula-mula plan nak buat surprise kat tempat keje dia.Last-last tutup.Hampa gila ! T_T

Terpaksa tukar plan.Pergi rumah dia.Tengok adik dengan mak dia kat luar.Tiqah beranikan la diri Tiqah jumpa and then tanya mana la si mamat ni pergi.Orang nak buat surprise birthday dia tak ada pulak.Haihhh !

Masa tu topup pulak tak ada.Suruh adik dia pergi beli.Adik dia ni pula dah kenal Tiqah.Terus pergi beli.Huihhh ! Laju je pergi beli topup.Hahaha...Tiqah kol la dia tanya ada kat mana semua.Orang lain duk setting tempat and makanan untuk dia.

Mula-mula dia tak percaya Tiqah and yang lain ada kat rumah dia.Sekali Tiqah bagi mak dia cakap dengan dia baru dia percaya.Hahaha !

Serius,Tiqah tak percaya dia boleh nanges sebab sampai je dia kat rumah kitaorang nyanyi lagu birthday untuk dia.Blushing habis muka dia ! Haha ! Dari tak ramai orang terus jadi ramai orang yang datang makan-makan.

Chocolate Moist Cake
RM32.00 (1/2kg)
(Sedap sangat.Terasa moist dia.Strawberi dia pun besar-besar! Seriously sedap ! Tak menyesal beli ! )


   Kiri : Muka bajet comel je keyrul ni.Apa-apa pun Hepi bufday budak kecik ! Thanks to my cutest cousin sebab baik hati tolong tangkap gambar !
Kanan : Saje mengedik nak bergambar sebelum balik.Thanks to Hisyam (adik keyrul) sebab baik hati tolong
ambilkan gambar.Haha !

Time balik tadi pun dia ucapkan terima kasih.Terharu katanya dapat surprise birthday macam ni. Huihhh ! Terasa tak sia-sia buat surprise birthday ni ! Tahun ni je la pun nak buat.Tahun depan tak dapat nak buat dah.. ^________^




Hadiah Dari Vietnam


Assalamualaikum and hai semua :)

Dah hampir sebulan tak update entry at blog pinky ni.Serius rindu dengan blog ni :3

Beberapa hari lepas mama Tiqah pergi Vietnam.Tiqah ? Of course la tak pergi.Dia pergi dengan kengkawan dia je.Katanya nak merasa jejak negara orang selain Malaysia.

Serius jeles dengan mama Tiqah sebab dapat merasa nak flight pergi negara orang.Lain bangsa,lain tradisi,semuanya semacam lain.Nak cakap satu-satu malas nak taip.Hehe ! :D

Bila dapat tahu mama dah sampai rumah bukan main serbu nak tengok mama beli apa la untuk anak-anak dara and teruna dia ni. Hewhew..

Nak tahu Tiqah dapat apa? Haaaa ! Jap nak share gamba..

Tadaaaa ! Banyak kan ? 

Nak ucap terima kasih at my mum ! Tak sangka dapat banyak macam ni.
Yang warna biru tu baju kurung.Siap berlabuci bagai.Cantik ! Mak kata kat sana sangat-sangat murah !!!
Yang kain warna merah tu kain pasang untuk dibuat baju Hari Raya nanti.So boleh agak la baju raya tahun ni warna apa kan ? ^_^
Warna ungu tu kain telekung.Telekung Lycra.Memang dah lama teringin kain telekung macam ni.
Kat sini memang mahal la.Tapi my mum beli at sana RM30 baru.Murahkan ?
Alhamdulillah dah dapat .Serius happy ! ^_^
Lagi satu beg.Beg tu sangat-sangat la comel dan best pakai.Kena hujan pon tak basah teruk.Kalis hujan maybe. >_<
Yang last sekali tu keychain nak bagi kat kengkawan yang sempat Tiqah bagi.Hehehe

InsyaAllah kalau ada rezeki merasa la Tiqah naik flight bulan 9 ni.Kalau dapat sambung belajar antara Sabah atau Sarawak la.Doakan Tiqah taw.Rasa berdebar pula.Yela.Tiqah tak minta kos yang ada Medsi ataupun temuduga.Huhuhu...

Tibe-tibe rasa jeles pulak tengok kengkawan yang dapat Medsi dengan temuduga ni.Haihhhh !

Okey! Sampai sini je! Thanks for reading :)

Pertemuan Selepas 6 Bulan ^_^


                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua...

Fuh..Fuhhhh *lap habuk...

Dah lama tak berblogging.Ya Allah teramat rindu nak update entry kat blog yang pinky2 ni.Huihhhh ^____^

Nak story about Him...Ya! Tentang si dia yang dah bertakhta dalam hati aku ni hampir 2 years !

Pertemuan diatur setelah 6 bulan setengah tak berjumpa.Gila lama ! Yela. Pakat duduk jauh semuanya.Memang payah nak jumpa.Lepas ni kalau aku dapat study jauh mesti la PAYAH nak jumpa :(

Rindu ? Tak payah cakap la.Hari-hari rindu dia woiii...

Mesej ? Hari-hari mesej.Everytime la jugak mesej.

Kol? Hari-hari kol.Boleh dikatakan every night bergayut sampai dua-dua mengantuk dan akhirnya zzzzzz......

Tapi adat la kalau bercinta setakat bergayut,bermesej tapi tak jumpa tak lepas jugak rindu kan ? >,<

Akhirnya,petang Jumaat tu dia datang amik aku.Huihuiiii....

Hepi ? Tak payah cakap.Kalau boleh aku nak melompat time tu jugak.Tapi memandangkan aku pakai skirt and terpaksa cover ayu,aku batalkan niat aku untuk melompat masa tu.Melompat dalam hati je la.Hoho >0<

Masa yang kami ada sangat terhad waktu tu.Jadi dia bawa aku jalan-jalan dan akhirnya tempat yang paling dia suka bawak aku. MCD ! 

Tak sah kalau tak pergi MCD . Minat bebenor dia yew ! Masa dah suntuk jadi terpaksa la order melalui drive-thru je time tu.

Malu la tu makan aiskrim comot ! HAHA
^_^

Apa-apa pun THANKS sayang for the wonderful time.Thanks sebab bawa jalan-jalan. Makan MCD sampai comot-comot ! =')


Hope kita dapat jumpa lagi nanti.InsyaAllah.. :')

                                                               
                                                              Thanks for reading guys !!!

Pemenang Baru Super Duper Simple Giveaways

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t

Ok,seperti yang tiqah janjikan,,dalam masa seminggu pemenang masih tidak mmberikan detail,tiqah akan cabut undi lain..so the winner is
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
no 5 -http://misteriomuchacha.blogspot.com/2014/01/super-duper-simple-giveaway_42.html
tahniah diucapkan

.sila hantar detail seperti berikut di Facebook
nama : 
alamat :
link penyertaan:
no telefon :

Happy 20th Birthday Cik Atiqah Zainal !


                                                          بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua !

Alhamdulillah.Bersyukur kepada-Nya kerana diberi peluang untuk masih bernafas di muka bumi ini.Tak sangka sekarang ni Tiqah dah umur 20 tahun ! Oh my~ Cepat betul masa berlalu.Teringin nak jadi budak-budak balik ~Lari-lari,main kejar-kejar keliling kampung,panjat pokok.Rindu semuanya! ^_^

Tepat jam pukul 12 malam (26.2.2014) Ikram wish birthday.Ya Allah terharu bila dia nyanyikan lagu birthday.Nak jumpa jauh pulak tu.Syukur sangat-sangat ! Paling kurang dia ingat birthday Tiqah.Malam tu jugak borak sampai pengsan.Bangun pagi esok tu mata sebam gila.Hahaha! Second yang ucap sepupu rapat Tiqah,siap menyanyi-nyanyi kat Wassup.Nasib baik free kan ? Haha! Ketiga,baru kawan baik Tiqah.Ya Allah! Terima kasih pada yang wish.Semua pakat nak menyanyi kat Wassup.Zaman dah canggih kan ?

Masa birthday Tiqah ritu,adik lelaki bongsu Tiqah belanja Pizza Hut SweetHeart! Pizza Hut SH tu untuk hari Valentines sebenarnya.Saja nak bagi Tiqah touching la tu. Haha ! Memang touching gila bila dia dengan kawan kerja dia datang bawak Pizza.Ingatkan nak makan ramai-ramai ke apa.Rupanya nak sambut birthday Tiqah.Thanks Adik !

Gambar ihsan dari Google ~
Mak pula,bagi Shawl.Cantik la shawl tu tapi agak jarang and pendek sikit.Jadi kena pakai dua shawl baru nampak oke sikit ~Ayah pula tak sempat beli hadiah maybe.Then,bila ayah balik kerja siap nyanyi lagi lagu untuk Tiqah.Hulur duit lagi.Hehehe... Thanks Mama, Ayah !

Shawl yang bercorak tu mama Tiqah
bagi.Thanks Mom !

Adik yang bongsu pula,bagi Ferrero Rocher ~ Kenapa la adik-adik aku romantik sangat bagi hadiah macam Valentines tahun ni.Banyak pulak tu.Satu bekas besar.Memang tak habis la kalau Tiqah makan sorang.Then,amik keputusan share makan sama-sama :)

Ferrero Rocher ~ Yummy !
Mak cik pula bagi Sweater ~ Cantik sweater tu.Belaang kelabu dengan purple.Dia pilih warna tu sebab warna feveret aku katanya ~ Tak sangka dia tahu. Terharu giler ~ Thanks Mak Tam !

Thank sangat2 ! ^_^
Adik lelaki yang No.2 tu pun balik sebab nak bagi ucapan birthday face to face.Gila comei! Haha.Dia saja la tu bagi alasan nak balik rumah ~ Thanks Angah :)
Orang siap kata Tiqah dengan dia kembar ~
Erk ? -,-
Apa-apa pun thanks semua yang wish birthday.Kengkawan sekolah yang tak lupa nak wish birthday ,kengkawan Facebook yang bertubi-tubi hantar ucapan kat inbox.Kawan blogger ~ Semuanya yang mengenali Tiqah,Tiqah ucapkan ucapan terima kasih sangat-sangat ! Semoga Allah merahmati korang semua.InsyaAllah.Thanks again.

Penat sudah jari yang menaip ni.Kalau nak cerita semua memang tak habis.Apa-apa pun thanks for reading my entry pada hari ini .

Bye! ^_^ 











Pemenang Super Duper Giveaway

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t
sorry sebab late sikit umum pemenang..terima kasih kepada peserta-peserta ga tiqah yg supprt tiqah..sesungguhnya..tiqah masih bru lagi dalam dunia blog..hehe.harap 2 korang bole tunjuk ajar..


So,dgn lafaz بسم الله الرحمن الرحيم tikah umumkan pemenangnya jatuh kepada 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


no 19....
tahniah tiqah ucapkan..sila hantar detail seperti berikut di Facebook
nama : 
alamat :
link penyertaan:
no telefon :

sila tuntut dengan kadar segera..tiqah bagi tempoh sampai mgu depan..jika tidak dituntut..cabutan akan diadakan lagi

kepada yang tidak menang.jangan risau..ntkan ga tiqah yg seterusnya..maybe bulan dpn, atau depan..haha
jom join ga ni.
tiqah  jadi sponsor bedak tanaka

sekian..wsalam

Super Duper Simple Giveaway

tamat..pemenang sudah diumumkan di sini


Assalamualaikum w.b.t

Dengan lafaz bismmillahhirrahmanirraahim tiqah rasmi giveaways tiqah yang pertama.hope mendapat sambutan dari rakan blogger

Tarikh tutup : 26 Februari 2014 :D




Syarat-Syarat :
-warganegara Malaysia
-follow blog tiqah (di sidebar)
-follow facebook
                                                    
-buat satu entry yang bertajuk "Super Duper Simple Giveaway"
-copy koding dan pastekan dlm entry
-dah published,tinggalkan link penyertaan anda di komen
mudah kan ? Selamat join :)


<div style="text-align: center;">Assalamualaikum w.b.t</div><div style="text-align: center;"><br /></div><div style="text-align: center;"><span style="color: red; font-size: large;"><b>KLIK BANNER DI BAWAH NAK JOIN</b></span></div><div style="text-align: center;"><b>BERMULA DARI 12/1/2014 until &nbsp;26/2/2014</b></div><div style="text-align: center;"><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><a href="http://3.bp.blogspot.com/-iNTZH_Y81zM/UtKs7NnVjrI/AAAAAAAABmY/LaMO-H1ZrTA/s1600/sssssss.png" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-iNTZH_Y81zM/UtKs7NnVjrI/AAAAAAAABmY/LaMO-H1ZrTA/s1600/sssssss.png" height="320" width="320" /></a></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><br /></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><b>hadiah yang ditawarkan&nbsp;</b></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><br /></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><a href="http://1.bp.blogspot.com/-Fm8aWWLzTzk/UtKt6YQOdzI/AAAAAAAABmg/M0JEVmw2k-c/s1600/hadiah.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://1.bp.blogspot.com/-Fm8aWWLzTzk/UtKt6YQOdzI/AAAAAAAABmg/M0JEVmw2k-c/s1600/hadiah.jpg" height="320" width="320" /></a></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><br /></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><b><span style="color: red;">MUNGKIN ANDA PEMENANG YANG BERTUAH ITU</span></b></div><div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"><b><br /></b></div></div><div style="text-align: center;"><b><br /></b></div><div style="text-align: center;"><br /></div>
tiqah mencari seorang pemenang untuk memenangi hadiah seperti gambar di bawah



sekian dahulu.wsalam