SAFI Pilihan Hati ~

                                                          بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum (kalau jawab sayang,kalau xjawab dosa)

Hari ni nak cerita sikit.Setelah penat mencuba pelbagai produk untuk hilangkan jerawat,akhirnya aku jumpa yang boleh dikatakan sesuai la dengan muka aku ni.

Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat

Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat diperkaya dengan kebaikan semula jadi Sari Gamat yang terkenal sebagai ramuan pemulihan tradisional. Ia membantu mengawal jerawat di samping membersihkan kotoran dan sebum yang terkumpul sambil membekalkan kebaikan semula jadi Gamat. Sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat.



Selain guna pembersih muka ni.Aku guna yang pencuci muka yang skrub jugak.Pembersih muka skrub ni aku pakai seminggu sekali.Sebab kalau pakai selalu boleh membesarkan lagi liang pori kat muka kita.Jadi aku guna seminggu sekali je la.

Aku guna Safi Balqis Perfect 10 :
Sangat sesuai untuk muka yang berminyak :)
Pencuci muka skrub kawalan minyak Safi Balqis Perfect 10 menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih berseri.Rumusan ekstrak lemon yang telah dipertingkatkan dengan Vitamin B3 dan C juga membantu mencerahkan dan mengawal minyak.

Kalau muka korang berminyak lebih baik guna Safi ni sebab sangat sesuai dengan kulit muka yang berminyak.Bila pakai rasa fresh je muka.Rasa hilang minyak tu(pengalaman aku la). 

Sesetengah pencuci muka,bila aku pakai muka aku jadi berminyak jadi aku try pakai Safi.Alhamdulillah.Muka aku dah kurang berminyak.Jadi sesiapa yang ada masalah macam ni.Boleh la try pakai Safi ni.

Have a try dear! Good Luck ;)

                                                        Thanks for reading






No comments: