Long Love Distance

                                                             
                                                               بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ( kalau jawab sayang,kalau tak jawab dosa )



Hari ni nak share tentang percintaan jarak jauh.Korang pernah alami tak percintaan macam ni ?
Kalau pernah mesti tahu kan macam mana?Tak kira yang dah kahwin ke belum kan.

Percintaan jarak jauh ni memang banyak risiko dia.Sebab kita tak tahu apa yang dia buat sebab dia tak ada depan mata kita walaupun untuk seminit kan? Kalau yang bercinta jarak dekat tu boleh la jumpa sekejap.Lunch sama-sama or dinner sama-sama.Keluar pada hujung minggu.Tapi yang bercinta jarak jauh ni macam mana? Ada jugak kengkawan yang tanya kat aku macam mana aku kekalkan hubungan aku ni.

Yela,aku duduk kat Perak dia kat Kuala Lumpur.Okey ! Hari ini nak share tips macam mana aku boleh stay dengan dia nak dekat bertahun ni.Ahaks ~




1.Percaya pada pasangan anda.

InsyaAllah kalau korang saling percaya.Mesti hubungan korang jalan lancar punya.Korang jangan la mudah bersangka buruk dengan pasangan korang.Kalau dia lambat balas mesej ke lambat angkat kol mungkin dia tengah buat kerja ke kan? Tolong family dia ke? Korang jangan la buat kesimpulan cepat sangat.Tanya dulu.Kalau dia sayangkan korang,dia akan bercakap jujur.One more thing! Jangan kongkong pasangan korang tu.Nanti dia cepat rimas dan bosan.

2.Setia pada pasangan.

Ini salah satu yang patut ada pada setiap pasangan yang bercinta la.Setia.Kalau korang tak setia macam mana nak kekalkan hubungan korang?Kan ? Kalau bercinta jarak dekat pun kalau tak setia memang hancur la hubungan korang.Setia ni penting dalam setiap hubungan.Orang berkahwin pun kena setia pada pasangan masing-masing.Jangan sesekali curang dengan pasangan anda.Okey!

3.Berjumpa walaupun sekejap.

Korang kena aturkan satu pertemuan dengan pasangan korang.Macam aku setiap lapan bulan baru jumpa(sadis tak?huhu).Tapi itu yang terjadi.Bercinta jarak jauh ni memang banyak risikonya.Payah nak jumpa.Tapi itu yang manisnya bila lama tak jumpa bila jumpa mesti banyak cerita nak story.Korang jangan la sampai tak berjumpa langsung.Hargai la pasangan korang tu.Jumpa walaupun sekejap.


4.Berhubung dengan pasangan anda.

Kalau payah nak sangat nak jumpa pasangan korang.Contoh la dia ada kat oversea ke kan korang boleh berhubung melalui Skype ke, Facebook ke.Zaman sekarang kan dah maju.Tak payah utus-utus surat guna burung ke apa ke kan?Teknologi dah canggih kan sekarang.Jadi dengan cara ni korang boleh la berhubung dengan pasangan korang tu.


5.Sambut Ulang Tahun Bersama.

Kalau boleh buat kan.Korang buat la.Contohnya sambut bufday dia ke apa ke?Dengan cara ni hubungan korang lagi kukuh.InsyaAllah.Macam aku,aku sambut ulang tahun dengan dia begitu jugak sebaliknya.Dengan cara ni,dia akan rasa dirinya dihargai.Kalau korang buat dono je,orang lain yang sambut ulang tahun dia,hati-hati takut nanti hati dia beralih arah.Sebab dia akan mula rasa dirinya tidak dihargai.

Aku rasa cukup kot tips aku ni.Kalau banyak sangat korang bukan nak baca pun.Aku share apa yang aku boleh la dengan korangAku harap tips aku ni dapat tolong korang la eh?

Good Luck !!!



Thanks for reading :)






1 comment:

Elle said...

Huiihuiii.. :)
Yup..I agreed..
LDR is not for everyone.
It needs strong bonding between the two.
Without it, it will be problematic for both of them.. ;)