Hari Pertama (Kuala Lumpur)

                                                       
                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share sikit tentang lawatan aku yang aku janji nak share dengan korang(bagi sesiapa yang ada baca post aku yang lepas).

Kitaorang actually plan nak ke Pahang,Terengganu dengan Kelantan tapi memandangkan keadaan kat sana banjir dan keadaan jalan yang rosak teruk,aku dengan kengkawan yang lain bincang untuk pergi ke tempat lain.

Then,selepas bincang punya bincang sampai larut malam akhirnya kitaorang sepakat nak ke Kuala Lumpur,Melaka dan Negeri Sembilan.

Hari Pertama kitaorang pergi ke Kuala Lumpur.Pagi-pagi lagi aku bangun awal(excited kot) nak pergi berjalan dengan kawan-kawan kan ?

Bertolak dari Gerik dalam pukul 9 pagi(sepatutnya pukul 8 pg) tapi ada yang datang lewat apa semua terpaksa pergi lambat sejam.Sampai KL dalam pukul 1 lebih la jugak.Sampai je KL kitaorang naik train (actually aku tak tahu nama apa jadi panggil train jew la) ke KLCC.Aku tak masuk pun just jalan-jalan kat Suria KLCC dengan kengkawan :)

Kat sini aku nak share gambar yang akan jadi kenangan aku sampai bila-bila :



Yang pakai baju kelabu antara tiga orang tu aku (Chubbynye aku) -,-

Lepas berjalan kat KLCC.Dalam pukul 5 lebih kitaorang gerak ke I-City pulak.Actually aku tak pernah pun nak pergi I-City ni tapi ramai kata best then aku nak jugak tahu apa yang bestnye kat sana.

Pemandangan kat I-City ni cantik sebab semua benda kat situ semua pakai lampu.Agak-agak berapa bil elektrik diorang sebulan? Aku rasa lebih dari seribu kot kan ? Kat I-City ni macam-macam permainan ada.Contohnya macam Ferris Wheel,SnowWalk,Rumah Hantu and macam-macam lagi.Banyak sangat.Tapi permandangan kat sini memang sangat-sangat cantik :)



Cantik kan?Semua pakai lampu.Colorful pulak tu :)

Bergambar dengan Si Cute Liyana Nazirah (gajah tu siap sengih lagi taw)
Actually aku baru perasan -,-

With Si Happy Go Lucky Neysa Akmal.Seorang yang sangat happy.Otak pun gila-gila macam aku.
Thanks sebab sudi jadi salah seorang kawan saya :) (ayat touching >,< )

Selepas penat berjalan dalam I-City yang gila besar tu.Kitaorang terus balik ke Homestay.Cantik la homestay tu.Memang puas hati.Nama homestay tu Homestay Meru.Kalau nak tahu lebih lanjut sila tanya Encik Google.Hehehe

See you in the next post dear.Daaaa..

Thanks for reading :)





No comments: