HARI KEDUA & KETIGA (MELAKA)


                                                             
                                                            بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.(kalau jawab sayang,kalau tak jawab dosa)

Hari ni aku nak share dengan korang hari kedua pulak.Hari kedua ni kat Melaka.Aku suka Melaka ni sebab kat sini banyak gila tempat kita boleh pergi.Macam-macam tempat yang best kita boleh terjah.

Bergambar dulu sebelum naik bas.Hehe :D





Awal-awal pagi dalam pukul 8.30 dari Homestay Meru kitaorang gerak pergi ke Melaka.Lebih kurang dalam pukul 12 lebih jugak la sampai Melaka.Mula-mula tempat yang kitaorang pergi Melaka Planetarium Adventure Science Centre.Actually aku tak masuk pun kat dalam tu sebab cikgu bagi pilihan nak pergi mana.Jadi aku dengan kengkawan yang lain pilih nak pergi main bowling kat Melaka International Bowling Centre.Aku dah lama mengidam nak main bowling sebenarnya.Hehehe



Nak share sikit gambar masa main bowling dengan kengkawan ;) :


Pakat duk tengok markah kat skrin 

Kengkawan yang sangat sporting ;)

Alhamdulillah lepas tu kitaorang gerak ke Muzium Samudera pulak.Kat sini kita boleh tahu sejarah awal Melaka.Rugi tak masuk.Best sangat.


I love you gurls :)

Lepas keluar dari Muzium Samudera kitaorang berjalan ke tempat lain pulak.Having fun ke tak ? Of course la having fun.Bukan senang dapat berjalan dengan kengkawan kan?Lepas tu merata aku dengan kengkawan aku terjah.Bukan selalu dapat jenjalan kat Melaka ni ~

Jalan-jalan kat Famosa




Lepas jenjalan kat Famosa,cikgu kata bas akan sampai dalam pukul 6 petang.Tunggu punya tunggu rupanya bas rosak and cikgu plan pergi naik River Cruise.River Cruise ni best bila naik waktu malam.Tapi ada jugak setengah orang suka naik waktu siang.Ikut citarasa masing-masing :)

Hari Ketiga :

Hari ketiga masih lagi kat Melaka sebab ramai yang tak puas merayau kat Melaka ni termasuk aku even aku dah pergi tahun lepas tapi rasa nak lagi berjalan sebab seronok tengok tempat yang cantik-2 ni.

Di tengah-tengah bandar Melaka

Tempat yang aku rasa paling cantik.Macam kat luar negara pulok ;)

Selepas penat berjalan and shopping.Kitaorang pun bergerak balik ke Perak.Tapi sebelum tu singgah kat Nilai,Negeri Sembilan untuk beli barang untuk bawak balik.Kalau korang pergi mesti rambang gila mata korang.Yela,kat situ memang syurga membeli-belah.Tudung pun lawa-lawa.Baju pun sama.Beg and kasut murah.Dijual dengan harga berpatutan.Kalau korang pergi Melaka singgah la kat Nilai,Negeri Sembilan.Mesti tak menyesal punya.Okey la.Sampai sini je story aku.Dah banyak sangat dah aku melalut.Ayat pun dah macam merapu dah -,-

                                                        Thanks For Reading :)
















2 comments:

Siti Norashikin said...

tak best pong! :P..hahaa

Atiqah Zayana said...

hahhaa..mu je kata tak best :p