Fenomena Memutihkan Kulit,Apakah Kesannya?

                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca yang kiut miut...


Korang tahu tak?Golongan belia Asia pada hari ini majoritinya memiliki kulit sawo matang.Tetapi mereka lebih obses kepada kulit yang putih + gebu gitu...betui tak ?Tapi cuba korang tengok orang yang duduk kat Eropah.Mereka kulit putih kan ? Tapi sanggup berjemur di tengah panas untuk menggelapkan kulit kerana itu definisi cantik untuk mereka la.Tapi kita remaja sekarang definis untuk putih.Ahaks~

Jom kita terjah bagi sesiapa yang nak obses sangat putih dan sanggup beli produk kecantikkan yang membahayakan kulit.

1.Hydroguinone

Apakah bendanya ni ? Okey.Aku nak cerita.Bahan ni memang terkenal la dalam setiap produk pemutihan muka.Bahan ni 'bekerja' untuk mambantu menghilangkan pigmen gelap dalam kulit dan memutihkan wajah korang dalam jangka masa yang sangat singkat jika digunakan setiap hari.

Hati-hati jika kesan pemutihan hanya dalam masa seminggu atau dua minggu.Memang wajah korang akan meletup cun macam emma maembong.TAPI! kesan jangka panjang akan memudaratkan korang.Kulit korang akan terasa panas atau gatal yang berpanjangan.

Jika korang berhenti memakai produk ini serta-merta kulit korang akan bermasalah kerana timbulnya noda hitam yang tidak diingini.Jadi,berhati-hati semasa memilih produk. :)


2.Merkuri 

Oh my!Aku pun tak tahu benda ni apa.Macam nama logam kan?Yes! Memang bahan kimia ni berasal dari logam.Mak aihhh!Bahan logam ni kebiasaannya dicampurkan bersama produk pemutihan kerana mampu menyerap ke dalam kulit lebih cepat.

Selalunya,produk kecantikan yang mengandungi merkuri ni berbau wangi bagi menutup bau logam.Kesan jangka pendek,wajah memang cantik la.Putih,jerawat hilang,liang pori nampak lebih kecil dan wajah nampak lebih halus dan mulus.

Jika berhenti wajah korang akan timbul bintik-bintik hitam di seluruh wajah.Korang nak ke muka macam tu.Lepas ni,patut cek ingredients dulu.Huhu


3.Steroid

Steroid ni pun diorang letak dalam produk kecantikan.Ia lebih dikenali sebagai hidrokortison yang biasanya digunakan untuk mengubati penyakit kulit yang serius.

Tetapi,untuk dapatkan kesan yang lebih cepat,produk ni dicampurkan tanpa rasa tanggungjawab dan dijual kepada umum.Kebergantungan bahan ni memang tidak elok kerana lama-kelamaan akan timbul rasa kegatalan pada wajah dan menimbulkan rasa ketidakselesaan yang berpanjangan.


4.Vitamin C

Memang vitamin C ni baik untuk kesihatan.Tetapi ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengambil suntikan vitamin C pada wajah.

Suntikan vitamin C ni berkesan menimbulkan warna kulit yang sekata dan sihat.Ia mencerahkan kulit kepada warna normal iaitu mengembalikan semula warna yang asal,bukannya memutihkan wajah.

Majoriti mengambil suntikan ini dengan harapan memiliki wajah putih berseri seperti bintang ala Korea.Pengambilan vitamin yang berlebihan akan menyebabkan sampingan kegatalan dan alahan yang jika terlalu teruk akan menyebabkan kematian.Elakkan perkara ini berlaku kat diri korang k ?


Okey la my dear pembaca.Harap ini bermanfaat untuk korang dan untuk diri aku jugak :)

Have Fun  :)





No comments: